MEREALISASIKAN PELAKSANAAN UNDANG-UNDANG HIBAH: KEPENTINGAN HIBAH SEBAGAI SALAH SATU MUAMALAT DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI MASYARAKAT ISLAM
Abstract
Hibah adalah salah satu satu instrumen perancangan pengagihan atau pemberian harta orang Islam yang dilakukan secara sukarela kepada orang lain sama ada dalam bentuk barangan atau harta yang nyata atau tidak nyata. Pengurusan harta yang baik dapat memastikan agar harta yang dimiliki dapat dimanfaatkan bagi tujuan pembangunan individu dan masyarakat Islam umumnya. Pengurusan harta yang baik juga dapat menjamin keadilan, menggalakkan pertumbuhan harta dan dapat mengelakkan daripada berlakunya pertelingkahan atau perpecahan dalam kalangan umat Islam. Namun, terdapat satu isu utama yang berkisar di dalam rangka perundangan yang melibatkan pelaksanaan dan perkara-perkara berkaitan hibah iaitu ketiadaan suatu akta khusus yang dikanunkan dalam perundangan Malaysia bagi mengawal prosedur dan pentadbiran hibah. Walaupun tidak ada peruntukan perundangan khusus berkenaan hibah, namun perkara hibah ada diperuntukkan di dalam Jadual Kesembilan, Senarai 2, Senarai Negeri, Perlembagaan Persekutuan pada frasa ‘pemberian’ pada senarai berikut. Mahkamah Syariah secara jelas mempunyai bidang kuasa dalam menentukan keabsahan sesuatu hibah berdasarkan Perkara 74 (2) dan pindaan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan. Kajian ini dibuat dengan menggunakan Kaedah Pengumpulan Data, Metode Temubual dan Kaedah Soal Selidik. Kajian ini dibuat hanya di 3 kawasan perumahan di daerah Sandakan, Sabah iaitu di Taman Kenari, Taman Rimba dan Taman Grandview dan penulis mendapati terdapat faktor yang mempengaruhi tahap pengetahuan dalam kalangan responden iaitu tahap pendapatan responden-responden.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Aisah Ahmad, Saifulazry Mokhtar, & Irma Wani Othman. (2024). MEREALISASIKAN PELAKSANAAN UNDANG-UNDANG HIBAH: KEPENTINGAN HIBAH SEBAGAI SALAH SATU MUAMALAT DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI MASYARAKAT ISLAM. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 8(33). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2331
Issue
Section
Articles