PEMBANGUNAN TANAH WAKAF DI NEGERI SABAH: SUATU SOROTAN LITERATUR
Abstract
Wakaf merupakan antara mekanisme pengagihan harta dan kekayaan yang amat penting dalam ekonomi Islam. Peranan wakaf dalam pembangunan ekonomi adalah sangat signifikan dimana ianya menjadi medium agihan semula harta dalam konteks yang lebih menyeluruh seperti pendidikan, kesihatan, ekonomi, pembangunan masyarakat dan sebagainya. Sabah kedua negeri terbesar di Malaysia mempunyai tanah wakaf yang banyak. Jika tanah-tanah wakaf ini ditadbir urus dengan baik ianya boleh mendatangkan manfaat ekonomi kepada umat Islam dan pembangunan ekonomi Sabah juga akan lebih mapan. Justeru sorotan literatur ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji kekangan yang dihadapi dalam membangunkan tanah wakaf di Sabah dan langkah yang dilakukan oleh Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dalam membangunkan tanah wakaf di Sabah. Kajian ini dilakukan secara kualitatif dengan menggunakan analisis kandungan sebagai reka bentuk kajian. Dapatan hasil kajian mendapati bahawa Sabah mempunyai tanah wakaf yang berpotensi untuk dibangunkan dan terdapat kekangan yang dihadapi oleh MUIS dalam membangunkan tanah wakaf di Sabah.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Siti Saidatulakmal Arishin, & Masnih Mustapa. (2024). PEMBANGUNAN TANAH WAKAF DI NEGERI SABAH: SUATU SOROTAN LITERATUR. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 8(33). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2332
Issue
Section
Articles