PERBANDINGAN PENCAPAIAN PEPERIKSAAN SECARA DALAM TALIAN DAN KELAS BERSEMUKA
Abstract
Apabila penyakit berjangkit yang dikenali sebagai virus Covid-19 melanda dunia, sistem pendidikan di institusi pengajian tinggi turut terkesan. Revolusi telah berlaku daripada kuliah secara bersemuka kepada kuliah secara dalam talian bagi mengekang penularan wabak tersebut. Selain itu, kaedah sistem peperiksaan sedia ada berubah kepada secara dalam talian agar memudahkan pihak-pihak yang berkaitan. Objektif artikel ini adalah untuk membincangkan pencapaian peperiksaan pelajar Fakulti Perakaunan yang mengambil subjek “Pengenalan Undang-Undang Perkongsian dan Syarikat”, iaitu Kod LAW346. Analisis terhadap pencapaian peperiksaan ini terbahagi kepada (i) pencapaian peperiksaan secara dalam talian semasa pandemik Covid-19 dan (ii) pencapaian peperiksaan secara bersemuka selepas pandemik Covid-19. Didapati pencapaian gred A bagi peperiksaan secara bersemuka selepas pandemik Covid-19 menunjukkan graf penurunan berbanding pencapaian peperiksaan secara dalam talian semasa pandemik Covid-19. Artikel ini menggunakan penyelidikan undang-undang kualitatif melalui kajian kepustakaan dan deskriptif. Berdasarkan graf yang diterjemahkan melalui analisis pencapaian pelajar, artikel ini membuat perbandingan dan membincangkan secara ilmiah kesan pencapaian berdasarkan mod pembelajaran mereka pada semester yang dikaji.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Farihana Abdul Razak, Afidah Osoman, & Azurawati Zaidi. (2024). PERBANDINGAN PENCAPAIAN PEPERIKSAAN SECARA DALAM TALIAN DAN KELAS BERSEMUKA. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 8(33). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2335
Issue
Section
Articles