MEROKOK DALAM KAMPUS: ANCAMAN DAN KESALAHAN
Abstract
Institusi pendidikan tinggi merupakan salah satu tempat larangan merokok yang disenaraikan dalam Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004. Larangan merokok ini adalah munasabah berikutan institusi pendidikan tinggi merupakan medan ilmu dimana keadaan persekitaran harus bersih dan sihat. Objektif artikel ini adalah membincangkan amalan merokok dalam kampus yang merupakan satu kesalahan serta mampu memberikan ancaman kesihatan kepada perokok dan penghidu asap rokok. Selain itu, amalan merokok dari sudut agama Islam turut diperhalusi. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui kajian kepustakaan dan deskriptif. Kajian mendapati bahawa terdapat risiko dan kesan negatif apabila larangan merokok ini tidak dipatuhi oleh sesetengah pihak. Antaranya kualiti udara persekitaran di kampus menjadi tidak sihat dan memberi ancaman kesihatan kepada perokok juga individu berhampiran. Di peringkat institusi pendidikan tinggi, tindakan seperti denda atau kompaun boleh dilaksanakan seperti yang termaktub dalam peraturan dan garis panduan institut tersebut. Kajian ini turut mendapati bahawa agama Islam melarang perbuatan merokok. Oleh itu, kajian ini mencadangkan agar usaha menguatkuasakan undang-undang dapat dipertingkatkan, dilaksanakan serta tindakan tegas dikenakan kepada perokok yang merokok di dalam institusi pendidikan tinggi.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Farihana Abdul Razak, Mohd Azian Zaidi, Amin Che Ahmat, & Iza Faradiba Mohd Patel. (2024). MEROKOK DALAM KAMPUS: ANCAMAN DAN KESALAHAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 8(33). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2338
Issue
Section
Articles