MEDIA DAN POLITIK: PERSEPSI WARTAWAN MALAYSIA TERHADAP AHLI POLITIK WANITA

Authors

  • Nur Farazilla Mohd Arsad Faculty of Communication and Media Studies, Universiti Teknologi MARA, Malaysia
  • Mohd Shahnawi Muhmad Pirus Faculty of Communication and Media Studies, Universiti Teknologi MARA, Malaysia
  • Nur Nasliza Arina Mohamad Nasir Faculty of Communication and Media Studies, Universiti Teknologi MARA, Malaysia

Abstract

Wartawan seharusnya menulis berita yang disokong oleh fakta yang disahkan. Ahli politik merupakan sumber yang paling kerap dirujuk oleh wartawan dalam pelaporan berita mereka. Oleh itu, wartawan harus mencari sumber dari mana dakwaan itu boleh diambil sebagai fakta tanpa melihat kepada jantina sumber berita tersebut. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menyiasat persepsi wartawan Malaysia terhadap ahli politik wanita. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui temu bual separa berstruktur untuk mendapatkan maklumat dengan menemu bual 11 Wartawan Malaysia. Analisis Tematik digunakan untuk menganalisis dapatan kajian. Dalam konteks kajian ini, pengkaji mendapati wartawan Malaysia tidak mempunyai persepsi negatif terhadap ahli politik wanita. Ini selaras dengan matlamat mereka sebagai wartawan yang ingin berkhidmat kepada masyarakat dan menjalankan tugas dengan penuh integriti. Secara keseluruhannya, kebanyakan wartawan Malaysia tidak secara terbuka menyatakan ketidakpercayaan mereka terhadap ahli politik wanita. Malahan, ahli politik wanita dipercayai mempunyai kualiti yang lebih tinggi berbanding ahli politik lelaki.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Nur Farazilla Mohd Arsad, Mohd Shahnawi Muhmad Pirus, & Nur Nasliza Arina Mohamad Nasir. (2024). MEDIA DAN POLITIK: PERSEPSI WARTAWAN MALAYSIA TERHADAP AHLI POLITIK WANITA. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 8(33). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2340