PILIHAN RAYA UMUM (PRU) NEGERI DI MALAYSIA 2023: SATU ANALISIS GEOGRAFIKAL DAN SOSIOLOGIKAL

Authors

  • Junaidi Awang Besar Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran; Fakulti Sains Sosial dan Kemanu
  • Zaini Othman Institut Kajian Etnik; Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Selangor
  • Novel Lyndon Program Antropologi dan Sosiologi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran; Fakulti Sains
  • Aajirah Hanim Abdul Halim Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran; Fakulti Sains Sosial dan Kemanu

Abstract

Pilihan Raya Umum (PRU) Negeri Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah 2023 di Malaysia merupakan satu pilihan raya yang penting bagi melihat impak PRU-15 pada tahun 2022 terhadap parti politik dalam Kerajaan Perpaduan iaitu Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) serta parti politik daripada Sabah dan Sarawak; dengan dan Perikatan Nasional (PN) sama ada berterusan atau wujud pola baharu. Impak yang dimaksudkan adalah pola sokongan pengundi Melayu dan Cina serta polisi atau dasar Kerajaan Perpaduan yang dijalankan oleh PMX. Sokongan pengundi terhadap parti politik dalam PRU Negeri 2023 juga dipengaruhi oleh hubungan antara pengundi dengan individu lain serta pengaruh persekitaran. Justeru, adalah menjadi tujuan penulisan artikel ini untuk menganalisis faktor geografikal dan sosiologikal dalam PRU Negeri di Malaysia pada 2023. Berdasarkan analisis data keputusan PRU Negeri 2023 di Malaysia, pemerhatian di lapangan dan analisis sumber sekunder seperti artikel jurnal dan kertas persidangan, dapatan kajian menunjukkan bahawa dari sudut geografikal, PH dan PN masing-masing kekal menguasai negeri yang dimenangi pada PRU-14 2018 iaitu PH kekal menguasai Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan namun dengan penyusutan kerusi di Kawasan Melayu luar bandar; manakala PN kekal di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Dari sudut sosiologikal pula, naratif bahawa “gelombang hijau” ataupun “referendum terhadap PH-BN” perlu diulang-fikir dan tidak seharusnya diterima secara total. Artikel ini menjelaskan bahawa berasaskan kepada analisis dari dimensi sosiologikal dan juga struktural jelas menunjukkan bahawa keputusan PRN 6 Negeri terkandung naratif yang berbeza yang boleh diangkat dan dipertimbangkan iaitu pengukuhan “gelombang merah” dan juga “referendum ahli UMNO” terhadap parti UMNO yang kini merupakan sekutu utama PH-BN dalam kerajaan perpaduan. Oleh itu, faktor geografikal dan sosiologikal akan terus dapat mempengaruhi arah dan pola sokongan pengundi dalam pilihan raya di Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Junaidi Awang Besar, Zaini Othman, Novel Lyndon, & Aajirah Hanim Abdul Halim. (2024). PILIHAN RAYA UMUM (PRU) NEGERI DI MALAYSIA 2023: SATU ANALISIS GEOGRAFIKAL DAN SOSIOLOGIKAL. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 8(34). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2345