IDENTITI SOSIAL DAN TINGKAH LAKU PENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA NEGERI (PRN) KEDAH 2023

Authors

  • Junaidi Awang Besar Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran; Fakulti Sains Sosial dan Kemanu
  • Novel Lyndon Program Antropologi dan Sosiologi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran; Fakulti Sains
  • Zaini Othman Institut Kajian Etnik; Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Selangor
  • Aajirah Hanim Abdul Halim Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran; Fakulti Sains Sosial dan Kemanu

Abstract

Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah 2023 adalah antara 6 negeri yan diadakan secara serentak pada 12 Ogos 2023. Terdapat beberapa isu kontroversi sepanjang kempen di negeri tersebut antaranya isu kepimpinan Menteri Besar Kedah daripada PAS iaitu Datuk Seri Sanusi Mohd Noor, isu perlombongan logam REE, isu pembalakan, isu bekalan air, isu pembangunan dan isu kerjasama Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan. Kesemua isu tersebut membentuk identiti sosial dan tingkah laku politik pengundi di negeri tersebut. Justeru, adalah menjadi tujuan penulisan artikel ini untuk menganalisis identiti sosial dan tingkah laku politik pengundi di Negeri Kedah pada 2023. Berdasarkan analisis data keputusan PRN 2023 di Kedah, pemerhatian di lapangan dan analisis sumber sekunder seperti artikel jurnal dan kertas persidangan, dapatan kajian menunjukkan bahawa identiti sosial Orang Melayu berasaskan agama, hak, status, budaya, bahasa dan nilai sosial telah dijadikan modal politik oleh parti PN untuk memastikan mereka dilihat sebagai parti yang menjuarai Orang Melayu berbanding dengan parti kerajaan perpaduan. Jentera komunikasi kerajaan perpaduan terutamanya UMNO dan Pakatan Harapan (PH) sangat lemah dan tidak disusun dengan baik hingga menyebabkan mereka gagal menjawab persepsi yang dikemukakan oleh Parti Perikatan Nasional (PN). Proklamasi Melayu yang dicanangkan oleh PN terutamanya PAS telah berjaya menyentuh hati para pengundi muda yang sememangnya merupakan king maker yang menentukan parti mana yang dapat membentuk Kerajaan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Junaidi Awang Besar, Novel Lyndon, Zaini Othman, & Aajirah Hanim Abdul Halim. (2024). IDENTITI SOSIAL DAN TINGKAH LAKU PENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA NEGERI (PRN) KEDAH 2023. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 8(34). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2348