MASALAH PENEBUSAN PUSAKA MUSLIM DI NEGERI SELANGOR

Authors

  • Mohammad Salleh Abdul Saha Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perak, Kampus Seri
  • Norazmi Anas Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perak, Kampus Tapah
  • Hamdi Rahman Mohd Yaacob Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perak, Kampus Tapah

Abstract

Kutipan pusaka oleh Bahagian Harta Baitulmal, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengalami kemerosotan dan penyusutan dalam tempoh lima (5) tahun dari 2017 sehingga 2021. Data yang diperoleh dari MAIS menunjukkan bahawa kutipan atau pendapatan pusaka MAIS susut menghampiri 50% dari RM 4,316,241.87 pada tahun 2017 kepada RM 2,116,504.56 pada tahun 2021. Penurunan yang signifikan direkodkan sejak tahun 2019 sehingga tahun 2021 berikutan pandemik COVID-19 yang melanda negara menyebabkan penebus tidak dapat membayar ansuran bulanan penebusan secara konsisten seperti yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak (Baitulmal & penebus). Oleh itu, penulisan kertas kerja ini bertujuan untuk menganalisis masalah yang dihadapi oleh penebus pusaka di negeri Selangor. Reka bentuk kajian kualitatif berpendekatan kajian kes menggunakan instrumen temu bual semi struktur terhadap lima (5) orang penebus pusaka MAIS di negeri Selangor. Kaedah persampelan purposif dan data temu bual telah dianalisis dengan analisis kandungan. Dapatan kajian mendapati bahawa masalah utama kegagalan penebus membayar ansuran bulanan penebusan secara konsisten ialah (i) Pandemik COVID-19, (ii) Musibah banjir, (iii) Kos sara hidup dan (iv) Kekangan kewangan. Maka, pihak Baitulmal MAIS sentiasa berusaha mencari kaedah berkesan bagi menyelesaikan proses penebusan dengan lebih efektif, cepat dan mesra pengguna seterusnya memberikan hak pemilikan sepenuhnya kepada penebus.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Mohammad Salleh Abdul Saha, Norazmi Anas, & Hamdi Rahman Mohd Yaacob. (2024). MASALAH PENEBUSAN PUSAKA MUSLIM DI NEGERI SELANGOR. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 8(34). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2352