NAFKAH DALAM KELUARGA: KAJIAN KESEDARAN TERHADAP ISU NAFKAH DALAM KALANGAN MAHASISWA

Authors

  • Atiratun Nabilah Jamil Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perak, Kampus Seri Iskanda
  • Nurhidayah Muhamad Sharifuddin Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perak, Kampus Seri Iskanda
  • Khafizatunnisa’ Jaapar Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perak, Kampus Seri Iskanda
  • Fathiah Fathil Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perak, Kampus Seri Iskanda

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap kesedaran mahasiswa yang mengambil kursus Pengurusan Institusi Kekeluargaan Islam (HKR111) mengenai kewajipan serta isu- isu nafkah. Kaedah kajian melibatkan soal selidik yang menilai tahap pengetahuan mengenai kewajipan nafkah dan pandangan mahasiswa terhadap tanggungjawab ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa kesedaran mengenai kewajipan nafkah masih belum mencapai tahap optimum dan kebanyakan daripada mereka hanya mempunyai kefahaman yang asas mengenai konsep nafkah. Faktor pendidikan, agama serta kawasan tempat tinggal memainkan peranan penting dalam membentuk persepsi mereka mengenai hal ini. Mahasiswa yang menerima pendidikan formal yang lebih tinggi dan dididik dalam nilai-nilai agama cenderung mempunyai pemahaman yang lebih mendalam tentang kewajipan nafkah. Pengaruh media juga memberi impak kepada persepsi mereka mengenai kewajipan nafkah. Kandungan media yang cenderung memaparkan tanggungjawab ini secara negatif atau dangkal juga dapat mempengaruhi sikap mahasiswa terhadap konsep nafkah. Oleh itu, terdapat keperluan untuk meningkatkan kesedaran mahasiswa melalui pendidikan formal dan pendidikan agama, serta menggalakkan penghasilan kandungan media yang memberi pandangan yang seimbang dan realistik tentang tanggungjawab nafkah. Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa terdapat ruang untuk peningkatan kesedaran masyarakat amnya mengenai nafkah. Usaha berterusan perlu dilakukan untuk memastikan mereka memahami betapa pentingnya tanggungjawab ini dalam pembentukan masyarakat yang bertanggungjawab dan beretika.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Atiratun Nabilah Jamil, Nurhidayah Muhamad Sharifuddin, Khafizatunnisa’ Jaapar, & Fathiah Fathil. (2024). NAFKAH DALAM KELUARGA: KAJIAN KESEDARAN TERHADAP ISU NAFKAH DALAM KALANGAN MAHASISWA. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 8(34). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2354