PEWARTAAN FATWA DALAM KESALAHAN BERHUBUNG AMALAN KHURAFAT DAN AJARAN SESAT DI NEGERI SEMBILAN: SUATU ANALISIS

Authors

  • Mohd Kamel Mat Salleh Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Se
  • Nor Saadah Musa Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Se
  • Nasif Sidquee Pauzi Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Se

Abstract

Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan (JMKNNS) telah mengeluarkan beberapa fatwa berkaitan amalan khurafat dan ajaran sesat yang bercanggah dengan Akidah Islam. Pengharaman ini bertujuan untuk mengelakkan masyarakat agar tidak terbabit dengan perkara yang boleh membatalkan iktikad dan kepercayaan mereka. Persoalan yang timbul, apakah fatwa kesalahan amalan khurafat dan ajaran sesat ini diwartakan di Negeri Sembilan? Jika fatwa ini tidak diwartakan ia boleh menjejaskan penguatkuasaan kes jenayah syariah bahkan memberi implikasi negatif kepada masyarakat rentetan tindakan undang-undang yang tidak dapat diambil. Artikel ini akan mengenal pasti beberapa fatwa terpilih untuk dianalisis kewajaran dan justifikasi pengharaman dan pewartaannya di Negeri Sembilan. Kajian ini menggunakan metod analisis dokumen dengan merujuk kepada fatwa-fatwa terpilih yang dikeluarkan oleh JMKNNS membabitkan ajaran sesat dan khurafat sama ada yang diwartakan atau sebaliknya. Kajian ini mendapati terdapat unsur khurafat dan penyelewengan akidah yang jelas telah diamalkan oleh kumpulan tertentu menyebabkan fatwa berkaitannya diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri. Ia difatwa dan diwartakan sebagai sesat dan menyeleweng dari ajaran Islam sebenar. Ini menggambarkan Kerajaan Negeri Sembilan mengambil serius tentang bahaya amalan khurafat dan ajaran sesat dan ia mesti dibendung penyebarannya di negeri ini. Kajian ini penting bagi menjelaskan bahaya pemahaman dan pengamalan salah yang boleh menyebabkan pengamalnya tergelincir dari akidah yang berpaksikan kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah. Secara tidak langsung ia amat wajar diwartakan supaya menjadi panduan kepada masyarakat Islam Negeri Sembilan untuk beramal secara tepat dan menjauhi sebarang unsur yang boleh dikaitkan dengan penyelewengan akidah ini.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Mohd Kamel Mat Salleh, Nor Saadah Musa, & Nasif Sidquee Pauzi. (2024). PEWARTAAN FATWA DALAM KESALAHAN BERHUBUNG AMALAN KHURAFAT DAN AJARAN SESAT DI NEGERI SEMBILAN: SUATU ANALISIS. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 8(34). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2355