SISTEM PERCERAIAN ONLINE DI MAHKAMAH RENDAH SYARIAH IPOH PERAK

Authors

  • Che Maryam Ahmad Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor
  • Nursalsabila Shamsul Azhar Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor

Abstract

Statistik dari Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak (JKSPk) merekodkan kadar trend peningkatan permohonan kes perceraian bagi pasangan beragama Islam di negeri Perak. Trend perceraian ini bukan suatu yang asing di Malaysia dan perkara ini juga telah mendorong kepada isu kelewatan penyelesaian kes perceraian sehingga ke tahap penangguhan kes. Justeru, JKSPk telah memperkenalkan sistem perceraian secara dalam talian atau lebih dikenali sebagai sistem MySolve pada penghujung tahun 2016 sebagai alternatif penyelesaian isu yang berbangkit. Kajian awal mendapati bahawa negeri Perak merupakan negeri pertama yang memperkenalkan sistem perceraian secara online ini. Perceraian melalui sistem MySolve merupakan inovasi atau penambahbaikan bagi permohonan perceraian secara persetujuan bersama di bawah Seksyen 47 dan permohonan bagi pengesahan lafaz cerai Seksyen 57, Enakmen Keluarga Islam (Perak) 2004. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti proses perlaksanaan, pencapaian dan cabaran sistem perceraian online yang diaplikasikan di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh, Perak sejak tempoh melebihi 6 tahun diperkenalkan. Kajian ini adalah kajian kualitatif yang memerlukan kepada analisis dokumen dan temubual secara separa struktur bagi perolehan data. Hasil kajian dianalisis menggunakan kaedah deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sistem MySolve adalah satu sistem yang relevan dan kekal digunapakai sehingga tempoh kini. Pencapaian lain bagi system ini adalah ianya juga kekal relevan diteruskan semasa tempoh darurat pandemik Covid-19 dan membantu mempercepat serta memudahkan urusan pelanggan. Walau bagaimanapun, sistem MySolve ini kurang diketahui oleh masyarakat awam dan realiti persepsi negatif orang awam terhadap sistem cerai online merupakan di antara cabaran yang dilalui oleh JKSPk. Hasil kajian ini boleh menyumbang kepada penambahan sumber rujukan baharu kepada ahli akademik dan bahan bacaan umum berkaitan kaedah perceraian ekspress di negeri Perak.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Che Maryam Ahmad, & Nursalsabila Shamsul Azhar. (2024). SISTEM PERCERAIAN ONLINE DI MAHKAMAH RENDAH SYARIAH IPOH PERAK. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 8(34). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2356