KELESTARIAN KEPIMPINAN ANWAR IBRAHIM MEMENUHI KEHENDAK PENGUNDI MUDA

Authors

  • Muhammad Anwar Fahmi Hari Das Abdullah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah

Abstract

Artikel ini bertujuan untuk meneroka sejauh mana kepimpinan lestari Anwar Ibrahim memenuhi kehendak pengundi muda. Secara khususnya, artikel ini akan menjawab soalan-soalan berikut: Apakah Anwar Ibrahim seorang Perdana Menteri yang lestari merujuk generasi muda. Adakah karisma kepimpinan Anwar Ibrahim mudah difahami oleh anak muda. Adakah pengenalan dasar kepimpinan Anwar Ibrahim diterima oleh anak muda. Kaedah gabungan antara penyelidikan kuantitatif dan juga kualitatif digunakan dalam penyelidikan ini. Seramai 51 responden yang berusia 18-26 tahun dipilih secara rawak, untuk menjawab soal selidik yang diedarkan melalui pendekatan kuantitatif. Seramai 5 informan ditemubual menerusi pendekatan kualitatif. Responden merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Perhubungan Awam, Fakulti Komunikasi Dan Pengajian Media UiTM Melaka. Enam langkah pengukuhan tema, telah digunakan untuk, analisis transkrip para informan (thematic analysis). Hasil dapatan kualitatif mendapati, Anwar Ibrahim memang amat mesra anak muda, serta prihatin terhadap apa sahaja isu yang disuarakan, beliau juga diperakui memiliki kepimpinan, aura serta karisma yang tinggi, untuk memimpin negara ini. Anak muda menerima kepimpinan Anwar Ibrahim namun memerlukan penerangan terhadap hebahan berita palsu yang dilemparkan terhadap kepimpinan dan kerajaan beliau. Merujuk kajian kuantitatif sebanyak 70% responden setuju beliau amat berkarisma untuk memimpin. 64% responden yakin dengan dasar dan perkhidmatan kerajaan manakala 72% menyokong dasar pemerkasaan ekonomi, yang diterapkan oleh Anwar Ibrahim. Diharapkan penyelidikan ini mampu perhalusi oleh kerajaan kepimpinan Anwar Ibrahim untuk agenda pemerkasaan tamadun bangsa Malaysia yang berdaulat, berintegiriti serta berdaya saing.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Muhammad Anwar Fahmi Hari Das Abdullah. (2024). KELESTARIAN KEPIMPINAN ANWAR IBRAHIM MEMENUHI KEHENDAK PENGUNDI MUDA. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 8(34). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2360