KEARIFAN TEMPATAN DALAM PENGGUNAAN AIR SEMBILAN KETIKA PROSES MEMANDIKAN JENAZAH MASYARAKAT MELAYU
Abstract
Kematian adalah perkara yang amat bermakna dalam kehidupan masyarakat Melayu. Ia menggambarkan proses akhir hidup di dunia. Kematian menjadi langkah pertama dalam menempuh alam akhirat. Justeru, masyarakat Melayu sangat menitik beratkan kesempurnaan pengurusan jenazah bagi memberi penghormatan terakhir jenazah. Bermula daripada sakaratul maut sehingga selepas pengebumian dilaksanakan, pelbagai amalan yang berasaskan unsur syariat dan kearifan tempatan dipraktikkan bagi memastikan kesempurnaan pengurusan jenazah. Antara amalan yang sarat dengan kearifan tempatan ialah penggunaan air sembilan dalam proses memandikan jenazah. Penggunaan air sembilan ini meluas dalam kalangan pemandi jenazah Melayu Muslim. Penulisan ini menumpukan kepada fungsi dan sebab amalan tersebut dilaksanakan. Kajian ini hanya memfokuskan kepada kearifan tempatan dalam penggunaan air sembilan ketika memandikan jenazah masyarakat Melayu. Kajian ini menghuraikan praktik amalan yang dilaksanakan dan menjelaskan sebab dan fungsi sesuatu amalan dilaksanakan. Bagi mencapai objektif tersebut, penulisan ini akan memfokuskan kajian literatur terhadap literatur sedia ada daripada jurnal-jurnal elektronik, kitab-kitab klasik berbahasa Arab dan dua manuskrip yang menjadi rujukan asas kepada pengurus jenazah Melayu Muslim nusantara iaitu Sabil al-Muhtadin dan Bughyah al-Thullab serta amalan yang dilaksanakan di lapangan. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian ini akan menggabungkan kajian kepustakaan dan lapangan yang berasaskan metode temubual. Data kualitatif yang dikumpulkan akan dianalisis kandungannya secara tematik bagi merumuskan kearifan tempatan pada penggunaan air sembilan ketika proses memandikan jenazah. Hasil dapatan kajian ialah terdapat perbezaan cara penggunaan air sembilan, namun penggunaannya mempunyai empat fungsi kearifan tempatan iaitu fungsi membersihkan tubuh jenazah, pelepas kepada amalan kebatinan dan mistik, menghilangkan kesan air mandian yang digunakan untuk permulaan sihir di Alam Melayu dan penyembuhan kepada beberapa penyakit fizikal dan rohani.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Muhammad Yusri Yusof @ Salleh, Mohd Anuar Ramli, Paiz Hassan, Mohd Zahirwan Halim Zainal Abidin, Mohd Farhan Abd Rahman, & Ideris Isahak. (2024). KEARIFAN TEMPATAN DALAM PENGGUNAAN AIR SEMBILAN KETIKA PROSES MEMANDIKAN JENAZAH MASYARAKAT MELAYU. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 9(35). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2363
Issue
Section
Articles