MODAL INSAN RABBANI PEMANGKIN MASYARAKAT MADANI
Abstract
Pembangunan Modal Insan Rabbani adalah berlandaskan akidah, syariah dan akhlak. Masyarakat Madani diertikan sebagai masyarakat yang maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan serta beradab dan menyanjung tinggi nilai-nilai kemanusiaan apatah lagi dalam keunikan masyarakat Malaysia yang mempamerkan kepelbagaian kaum, budaya dan agama, masih hidup dalam suasana harmoni. Artikel ini membahaskan cabaran yang dihadapi dalam melahirkan Modal Insan Rabbani dalam mendorong terbentuknya masyarakat madani menerusi sorotan literatur berkaitan modal insan rabbani dan masyarakat madani dalam kajian terdahulu dan mengintegrasikan penemuan kajian lepas bagi meneroka cadangan isu baharu untuk dikaji. Prosedur yang dijalankan merangkumi strategi pencarian, kriteria pemilihan, proses pemilihan, pengumpulan data dan analisis data bagi karya ilmiah dan artikel yang diperolehi. Dapatan kajian ini menunjukkan bagaimana penguatan Modal Insan Rabbani dapat menjadi pemangkin untuk menciptakan masyarakat madani yang berakhlak tinggi, berdaya saing, serta berperanan aktif dalam memajukan kebaikan sosial.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Ahmad Syafiq Yusof, Wan Abdul Rahman Wan Ibrisam Fikry, Muhammad Talhah Ajmain@Jima’ain, & Dhiyaul Hafidh Fatah Yasin. (2024). MODAL INSAN RABBANI PEMANGKIN MASYARAKAT MADANI. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 9(35). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2366
Issue
Section
Articles