TINGKAH LAKU PENCARIAN MAKLUMAT ISLAM DI MEDIA SOSIAL DALAM KALANGAN SAUDARA BAHARU: KAJIAN RINTIS

Authors

  • Nur’Aina Nabila Dundai Abdullah Department of English and Communication, Universiti Islam Selangor, Malaysia

Abstract

Media sosial semakin diterima masyarakat di seluruh dunia sebagai medium pencarian maklumat termasuklah maklumat keagamaan kerana mudah diakses. Saudara baharu merupakan saudara yang baharu dalam Islam. Mereka masih banyak lagi belum menguasai kefahaman tentang agama Islam sepenuhnya. kemunculan media sosial boleh dimanfaatkan untuk mencari maklumat Islam bagi membantu meningkatkan kefahaman serta amalan Islam mereka. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti aplikasi media sosial yang digunakan, jenis maklumat Islam yang dicari dan tingkah laku pencarian maklumat Islam di media sosial dalam kalangan saudara baharu. Data dikumpul melalui kaedah kuantitatif secara tinjauan terhadap 30 saudara baharu di sekitar Lembah klang. Satu set borang soal selidik diedarkan secara bersemuka dan juga secara online kepada responden. Perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) digunakan bagi tujuan menganalisis data. Data dianalisis secara deskriptif: kekerapan, min dan sisihan piawai. Hasil kajian rintis mendapati aplikasi YouTube (Min=5.60) dan WhatApps (min=4.30) antara yang tertinggi digunakan untuk mencari maklumat Islam. Mereka juga mencari pelbagai maklumat Islam di media sosial seperti hukum hakam, ceramah agama, kelas mengaji dan sedekah. Mereka juga mencari maklumat agama Islam untuk meningkatkan kefahaman dan ibadah mereka. Bacaan ujian kebolehpercayaan bagi dimensi tingkah laku pencarian maklumat agama ialah dengan nilai Cronbach Alpha α=.97. Kajian ini memberikan gambaran serta kefahaman kepada umum tentang penggunaan media sosial dan tingkah laku pencarian maklumat Islam di media sosial dalam kalangan saudara baharu. Walau bagaimana pun kajian rintis ini masih lagi terbatas dan memerlukan lebih banyak kajian bagi mendalami dan mengembangkan ilmu tingkah laku pencarian maklumat Islam dalam kalangan saudara baharu.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Nur’Aina Nabila Dundai Abdullah. (2024). TINGKAH LAKU PENCARIAN MAKLUMAT ISLAM DI MEDIA SOSIAL DALAM KALANGAN SAUDARA BAHARU: KAJIAN RINTIS. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 9(35). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2368