PERLINDUNGAN KANAK-KANAK DI MALAYSIA: MENILAI KEBERKESANAN JAGAAN PELIHARA DARI PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG
Abstract
Jagaan pelihara berfungsi sebagai sistem sokongan penting untuk kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan di Malaysia yang tidak dapat tinggal bersama keluarga kandung mereka disebabkan isu tertentu seperti pengabaian, penderaan atau pembuangan bayi. Artikel ini mengkaji konsep jagaan pelihara, pelaksanaan undang-undang dan cabarannya. Dengan meneliti perundangan sedia ada, artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti aspek-aspek di mana penambahbaikan boleh dibuat untuk meningkatkan keberkesanan jagaan pelihara sebagai sebahagian daripada sistem perlindungan kanak-kanak di Malaysia. Sistem jagaan pelihara di Malaysia dikawal oleh Akta Kanak-Kanak 2001 dan diuruskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam menyediakan pemeliharaan berasaskan keluarga terutamanya untuk kanak-kanak yang dibuang. Artikel ini menggunakan satu kajian kualitatif, yang mendedahkan cabaran dan kekangan dalam rangka kerja undang-undang yang sedia ada. Hasil kajian menunujukkan bahawa tiada undang-undang khusus yang mengawal jagaan pelihara di Malaysia. Oleh itu, artikel ini menekankan keperluan untuk meningkatkan keberkesanan perundangan jagaan pelihara di Malaysia dengan meningkatkan sumber dan sokongan untuk ibu bapa pelihara, melaksanakan program latihan standard untuk mereka, mengukuhkan mekanisma pemantauan dan penilaian, serta menggalakkan kerjasama dan perkongsian maklumat di kalangan agensi berkaitan. Ini bagi memastikan hasil positif dan kebajikan jangka panjang kanak-kanak dalam jagaan pelihara di Malaysia.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Muhammad Daniel Misni, & Nadhilah A. Kadir. (2024). PERLINDUNGAN KANAK-KANAK DI MALAYSIA: MENILAI KEBERKESANAN JAGAAN PELIHARA DARI PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 9(35). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2369
Issue
Section
Articles