KEBERKESANAN JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK) DI DAERAH KUBANG PASU, KEDAH

Authors

  • Zainal Md Zan
  • Mohd Fitri Abdul Rahman

Keywords:

Pembangunan Luar Bandar, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)

Abstract

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) memainkan peranan yang amat besar dalam pembangunan negara. Ia menjadi agen transformasi komuniti luar bandar yang bertanggungjawab mengerakkan sosioekonomi penduduk di peringkat akar umbi. Keberkesanan agen pembangunan yang sangat rapat dengan komuniti ini seringkali diperdebatkan. Kertas ini membentangkan dapatan kajian yang dilakukan di Daerah Kubang Pasu, Kedah terhadap seramai 259 orang responden yang terdiri daripada JKKK di Daerah Kubang Pasu bertujuan untuk mengukur tahap keberkesanan peranan JKKK. Hasil analisis kajian mendapati JKKK di Daerah Kubang Pasu memainkan peranannya dengan berkesan. Selain itu juga, kajian dapat mengenalpasti tiga cabaran yang paling kritikal yang dihadapi oleh JKKK di Daerah Kubang Pasu iaitu masalah kos-kos pengurusan kampung, pepecahan masyarakat akibat fahaman politik dan minat belia yang rendah dalam aktiviti yang dianjurkan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

23-11-2023

How to Cite

Zainal Md Zan, & Mohd Fitri Abdul Rahman. (2023). KEBERKESANAN JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK) DI DAERAH KUBANG PASU, KEDAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 1(2). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/25