POLA PANDANGAN PENGUNDI MELAYU PASCA PRU-14 DI NEGERI SEMBILAN
Keywords:
Antara Budaya, Skenografi, Set Design, Motif, AdatAbstract
Artikel ini menganalisis pola pengundian di Dewan-Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwakili majoriti etnik Melayu khususnya dalam Negeri Sembilan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Dengan menganalisis data pengundian dan hasil pilihan raya, kajian ini bertujuan untuk memahami pola pandangan, kecenderungan politik dan faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan pengundi dalam kawasan tersebut. Negeri Sembilan unik kerana mengamalkan adat perpatih dan mempunyai hubungan yang kukuh dengan alam Minangkabau. Perlantikan pemerintahnya berbeza dengan negeri lain di Malaysia, di mana Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ditentukan oleh ketua luak, yang digelar Undang. Negeri Sembilan awalnya terdiri daripada sembilan kawasan yang berasingan, yang kemudian membentuk sebuah konfederasi wilayah adat. Orang Minangkabau dari Sumatera memainkan peranan penting dalam membentuk struktur sosial, politik, ekonomi dan agama Negeri Sembilan. Pemahaman terhadap pola pandangan pengundi ini diharapkan dapat memberi wawasan kepada perkembangan politik setempat pasca-PRU-14, memberikan pandangan terperinci tentang sokongan pengundi Melayu di Negeri Sembilan serta merungkai dinamika politik di peringkat negeri ini. Dengan pemahaman yang lebih mendalam terhadap kecenderungan pengundian, diharapkan dapat membantu pemimpin politik dan penyelidik untuk membuat analisis yang lebih tepat dan strategi politik yang lebih berkesan untuk memenuhi keperluan dan aspirasi masyarakat Melayu di Negeri Sembilan.