PENEROKAAN ELEMEN PENGUKUHAN BAGI KESEDARAN KOMUNITI DALAM MENGHADAPI BENCANA BANJIR DI ZON UTARA SEMENANJUNG MALAYSIA

Authors

  • Suzana Ali Hassan @ Ali Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
  • Noor Azmi Mohd Zainol Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
  • Safar Yaacob Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
  • Zahimi Zainol Abidin Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
  • Khairul Nizam Taib Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
  • Haliza Mohd Zahari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
  • Mohd Haniff Sofian Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Keywords:

Kesedaran Komuniti, Pengetahuan, Pengalaman, Sikap Dan Pengurusan Banjir

Abstract

Bencana banjir telah berlaku selama bertahun-tahun,di mana trend menunjukkan peningkatan kekerapan dan saiz yang boleh mengancam nyawa dan harta benda. Oleh itu, terdapat keperluan untuk meneroka elemen yang boleh mempengaruhi kesedaran komuniti seterusnya mengambil langkah kesiapsiagaan dalam menghadapi bencana banjir.Objektif kajian ini adalah untuk meneroka elemen yang sesuai dalam memperkukuhkan kesedaran komuniti dalam pengurusan bencana banjir di Zon Utara Semenanjung Malaysia. Kajian ini melibatkan negeri-negeri di Zon Utara iaitu negeri Kedah dan Perak. Kajian ini merupakan kajian awal dan menggunakan pendekatan kualitatif di mana pengumpulan data adalah secara perbincangan berfokus dengan menggunakan protokol panduan soalan separa berstruktur. Data kemudiannya dianalisis menggunakan teknik analisis tematik menggunakan perisian Atlas.ti 23.0. Hasil dapatan kajian ini telah dapat mengenalpasti tiga tema utama yang dapat membentuk dan mempengaruhi kesedaran komuniti iaitu berdasarkan pengetahuan komuniti berkaitan bencana, pengalaman komuniti menghadapi bencana dan sikap komuniti dalam menghadapi bencana. Kajian ini seterusnya dapat mengetahui pandangan yang lebih mendalam tentang cara komuniti memahami, merancang dan bertindak balas terhadap risiko banjir.Hasil kajian ini dijangka dapat menyumbang pandangan yang berharga ke arah membangunkan strategi dan intervensi yang lebih berkesan dalam bidang pengurusan risiko banjir di Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

30-09-2024

How to Cite

Suzana Ali Hassan @ Ali, Noor Azmi Mohd Zainol, Safar Yaacob, Zahimi Zainol Abidin, Khairul Nizam Taib, Haliza Mohd Zahari, & Mohd Haniff Sofian. (2024). PENEROKAAN ELEMEN PENGUKUHAN BAGI KESEDARAN KOMUNITI DALAM MENGHADAPI BENCANA BANJIR DI ZON UTARA SEMENANJUNG MALAYSIA. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 9(37). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/4205