PENILAIAN POLISI PEMINDAHAN UNTUK PENGURUSAN BENCANA BANJIR DI MALAYSIA

A REVIEW OF EVACUATION POLICIES FOR FLOOD DISASTER RESPONSE IN MALAYSIA

Authors

  • Safar Yaacob Fakulti Pengajian Pengurusan dan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
  • Norlaila Mazura Mohaiyadin Fakulti Pengajian Pengurusan dan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
  • Fatimah Kuzi Fakulti Pengajian Pengurusan dan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
  • Suzana Ali Hassan @ Ali Fakulti Pengajian Pengurusan dan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.35631/IJLGC.938005

Keywords:

Bencana Banjir (Flood Disaster), Operasi Pemindahan (Evacuation Operations), Polisi Pemindahan (Evacuation Policy), Pengurusan Risiko (Risk Management)

Abstract

Banjir merupakan salah satu bencana alam yang sering melanda Malaysia, memberikan impak besar terhadap masyarakat dan infrastruktur. Kajian ini menilai keberkesanan polisi pemindahan dalam pengurusan operasi semasa bencana banjir, dengan memberi tumpuan kepada kes Bah Kuning 2014 di Kelantan. Pendekatan kuantitatif digunakan dengan pengumpulan data daripada 750 responden yang terdiri daripada anggota agensi seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, dan Angkatan Tentera Malaysia. Soal selidik menggunakan skala Likert lima mata bagi menilai persepsi terhadap polisi dan keberkesanan operasi pemindahan. Hasil dapatan daripada analisis SmartPLS versi 4.0 menunjukkan bahawa polisi pemindahan mempunyai pengaruh signifikan terhadap keberkesanan operasi pemindahan (β = 0.560, p < 0.05). Dapatan analisis deskriptif SPSS versi 29.0 menunjukkan tahap kepuasan responden terhadap polisi pemindahan adalah tinggi, dengan lebih 90% responden memberikan penilaian sederhana hingga tinggi (min = 3.60, sisihan piawai = 0.647). Kajian ini menekankan keperluan untuk memperkukuh polisi yang jelas serta penglibatan komuniti dan penyelarasan antara agensi bagi meningkatkan respons semasa bencana. Kerajaan disarankan untuk menyemak semula polisi pemindahan sedia ada dan meningkatkan latihan berkala bagi pegawai yang terlibat dalam pengurusan bencana.

 

Flooding is a frequent natural disaster in Malaysia, significantly impacting communities and infrastructure. This study assesses the effectiveness of evacuation policies in managing operations during flood disasters, focusing on the 2014 Bah Kuning case in Kelantan. A quantitative approach was used, collecting data from 750 respondents comprising members of agencies such as the Royal Malaysia Police (PDRM), the Fire and Rescue Department, and the Malaysian Armed Forces. A questionnaire using a five-point Likert scale was employed to evaluate perceptions of policy and evacuation operation effectiveness. Findings from the analysis SmartPLS version 4.0 analysis revealed that evacuation policies had a significant influence on the effectiveness of evacuation operations (β = 0.560, p < 0.05). Descriptive analysis using SPSS version 29.0 indicated a high level of respondent satisfaction with evacuation policies, with over 90% rating moderate to high satisfaction (mean = 3.60, standard deviation = 0.647). This study highlights the need for clear policies, community involvement, and inter-agency coordination to enhance disaster response. The government is advised to review current evacuation policies and enhance regular training for officers involved in disaster management.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

12-12-2024

How to Cite

Safar Yaacob, Norlaila Mazura Mohaiyadin, Fatimah Kuzi, & Suzana Ali Hassan @ Ali. (2024). PENILAIAN POLISI PEMINDAHAN UNTUK PENGURUSAN BENCANA BANJIR DI MALAYSIA: A REVIEW OF EVACUATION POLICIES FOR FLOOD DISASTER RESPONSE IN MALAYSIA. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 9(38). https://doi.org/10.35631/IJLGC.938005