ANALISIS ISU DAN KONFLIK BERKAITAN PERTIKAIAN HARTA PUSAKA DI MAHKAMAH SYARIAH

ANALYSIS OF ISSUES AND CONFLICTS RELATED TO INHERITANCE DISPUTES IN SYARIAH COURTS

Authors

  • Noor Ainol Bazilah Ismail Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Malaysia
  • Afiffudin Mohammed Noor Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perlis, Malaysia
  • Fathullah Asni Bahagian Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.35631/IJLGC.938008

Keywords:

Mahkamah Syariah (Syariah Court), Pusaka (Inheritance), Muslim (Muslim), Pentadbiran (Administration), Harta (Property)

Abstract

Mahkamah Syariah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri seperti yang dinyatakan dalam Jadual Kesembilan Senarai 2 Senarai Negeri Perlembagaan Persekutuan. Mahkamah Syariah berperanan dalam mendengar dan memutuskan kes-kes yang melibatkan undang-undang Syariah dalam pengurusan dan pentadbiran harta Islam. Dalam pentadbiran harta pusaka orang Islam, Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa yang terhad iaitu mengeluarkan sijil faraid dan menentukan pembahagian waris dalam harta pusaka. Selain itu, Mahkamah Syariah juga turut berperanan dalam menyelesaikan pertikaian yang berkait rapat dengan harta pusaka seperti harta amanah si mati merangkumi wasiat, hibah, wakaf, nazar dan zakat, yang mana ia perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum pembahagian harta pusaka dibuat. Justeru, hanya harta yang disahkan sebagai pusaka sahaja yang layak dibahagikan kepada ahli waris yang berhak. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti peranan Mahkamah Syariah dalam pentadbiran harta pusaka orang Islam serta menganalisis isu dan konflik berkaitan pertikaian harta pusaka Islam berdasarkan bidang kuasa Mahkamah Syariah. Metodologi kajian ini adalah kualitatif, di mana data dikumpul melalui kajian perpustakaan dan kajian lapangan. Kajian perpustakaan dijalankan dengan meneliti buku, artikel, statut dan pekeliling berkaitan. Dari aspek praktikal, kajian lapangan telah dijalankan dalam kaedah temu bual tidak berstruktur dengan dua orang informan yang terdiri seorang hakim dan seorang lagi pegawai sulh di Mahkamah Rendah Syariah Pasir Mas. Dapatan kajian menunjukkan bahawa isu pewarisan yang dikenal pasti adalah berpunca daripada isu sosial. Isu sosial tersebut adalah berpunca daripada sikap sebahagian ahli waris yang tamak dan tidak bertolak ansur sesama ahli waris dan saudara-mara walaupun Mahkamah Syariah telah memutuskan pembahagian pusaka terhadap semua ahli waris yang layak. Justeru, beberapa cadangan telah digariskan dalam kajian ini untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat terhadap ilmu faraid.

 

The Syariah Court is under the state government's jurisdiction as stated in the Ninth Schedule of List 2 of the State List of the Federal Constitution. The Syariah Court plays a role in hearing and deciding cases involving Syariah law in managing and administrating Islamic property. In the administration of Muslim inheritance, the Syariah Court has limited jurisdiction to issue a faraid certificate and determine the distribution of heirs in the inheritance. In addition, the Syariah Court also plays a role in resolving disputes closely related to inheritance such as trust property of the deceased including wills, grants, waqf, vows and zakat, which must be resolved first before the division of inheritance is made. Therefore, only property certified as inheritance can be divided among the rightful heirs. The purpose of this study is to identify the role of the Syariah Court in the administration of Muslim inheritance as well as to analyze issues and conflicts related to Islamic inheritance disputes based on the jurisdiction of the Syariah Court. The methodology of this study is qualitative, where data is collected through library and field research. Library research is conducted by examining related books, articles, statutes and circulars. From a practical aspect, the field study was conducted using an unstructured interview method with two informants, a judge and a sulh officer at Pasir Mas Syariah Lower Court. The findings of the study show that social issues cause the identified inheritance issues. The social issue is caused by the attitude of some heirs who are greedy and do not tolerate their fellow heirs and relatives even though the Syariah Court has decided the division of the inheritance against all eligible heirs. Therefore, this study has outlined some suggestions to increase the community's knowledge of faraid.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

12-12-2024

How to Cite

Noor Ainol Bazilah Ismail, Afiffudin Mohammed Noor, & Fathullah Asni. (2024). ANALISIS ISU DAN KONFLIK BERKAITAN PERTIKAIAN HARTA PUSAKA DI MAHKAMAH SYARIAH: ANALYSIS OF ISSUES AND CONFLICTS RELATED TO INHERITANCE DISPUTES IN SYARIAH COURTS. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 9(38). https://doi.org/10.35631/IJLGC.938008