PRODUKSI VIDEO DOKUMENTARI “JEJAK INFAQ BAITULLAH MERBOK”

DOCUMENTARY VIDEO PRODUCTION OF “JEJAK INFAQ BAITULLAH MERBOK”

Authors

  • Nor Asmida Mohd Noor Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi, Universiti Utara Malaysia, Malaysia
  • Zauridah Abdul Hamid Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi, Universiti Utara Malaysia, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.35631/IJLGC.938027

Keywords:

Dokumentari (Documentary), Masjid (Mosque), Masjid Al-Busyra (Masjid Al-Busyra), Merbok (Merbok), Transformasi (Transformation), Video (Video)

Abstract

Masjid sering digambarkan sebagai sebuah tempat beribadah dan tempat pengurusan hal-hal keagamaan tetapi kelainan yang dibawa oleh sebuah masjid di Merbok, Kedah menjadikan masjid ini sebuah masjid yang unik dan trending dalam kalangan komuniti di  media sosial. Masjid Jamek Pekan Merbok yang berusia 52 tahun, telah diberi nafas baharu dan penjenamaan semula sebagai Masjid Al-Busyra. Pembinaan masjid berkonsepkan Hentian Rehat dan Rawat dan juga sebagai Pusat Sehenti menjadikan ianya sebagai masjid mesra  musafir pertama di Kedah. Oleh itu, artikel ini memfokuskan kepada produksi video  dokumentari yang bertajuk “Jejak Infaq Baitullah Merbok”. Video dokumentari ini mempelihatkan pembaharuan Masjid Al-Busyra serta peranan utamanya sebagai sebuah masjid yang mampu membawa perubahan drastik kepada masyarakat sekitar sehingga berjaya memartabatkan masjid luar bandar sebagai sebuah masjid yang  dikenali serantau. Objektif video dokumentari ini ialah memaparkan sejarah transformasi pembangunan masjid, mempromosikan aktiviti ekonomi dan sosial di kawasan masjid serta menunjukkan keunikan yang dibina di Masjid Al-Busyra Merbok yang tidak dilakukan di masjid-masjid serantau. Proses pra produksi ini menggunakan pembacaan informasi di laman web dan media sosial, tinjauan kawasan (recce) serta temubual bersama pihak pengurusan masjid, penduduk, pengunjung dan peniaga bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan terperinci. Penghasilan video dokumentari penuh berdurasi 10 minit, video teaser berdurasi 1 minit dan video di sebalik tadbir 1 minit mengenai “Jejak Infaq Baitullah Merbok”, merupakan langkah penting dalam mencerminkan fungsi sesebuah masjid yang bukan sahaja sebagai sebuah tempat ibadat malah menjadi pusat  ekonomi yang dapat dijadikan sumber inspirasi serta mengubah persepi masyarakat.

Mosques are often described as a place of worship and a place for managing religious matters. Still, the difference brought by a mosque in Merbok, Kedah makes this mosque a unique and trending mosque among the community on social media. The 52-year-old Pekan Merbok Jamek Mosque has been given a new lease of life and rebranded as Masjid Al-Busyra. The construction of the mosque with the concept of a Rest and Treatment Stop and also as a One-Stop Centre makes it the first traveler-friendly mosque in Kedah. Therefore, this article focuses on the production of a documentary video entitled "Jejak Infaq Baitullah Merbok". This documentary video shows the renovation of Masjid Al-Busyra and its main role as a mosque that has successfully brought drastic changes to the surrounding community until it has succeeded in elevating the rural mosque as a regionally known mosque. This documentary video aims to portray the history of the transformation of the mosque development, promote economic and social activities in the mosque area, and show the uniqueness of Masjid Al-Busyra Merbok that has not been done in any regional mosques. The pre production method involved researching information on websites and social media, field survey (recce), and interviews with mosque management, residents, visitors, and traders to obtain accurate and detailed information. The production of a 10-minute full documentary video, a 1-minute teaser video, and a 1-minute behind-the-scenes video on "Jejak Infaq Baitullah Merbok", is an important step in reflecting the function of a mosque which is not only a place of worship but also an economic centre that can be used as a source of inspiration and change the community's perception.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

20-12-2024

How to Cite

Nor Asmida Mohd Noor, & Zauridah Abdul Hamid. (2024). PRODUKSI VIDEO DOKUMENTARI “JEJAK INFAQ BAITULLAH MERBOK”: DOCUMENTARY VIDEO PRODUCTION OF “JEJAK INFAQ BAITULLAH MERBOK”. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 9(38). https://doi.org/10.35631/IJLGC.938027