POLISI DAN DASAR PENGASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK; PERBANDINGAN PENGALAMAN ANTARABANGSA
POLICIES AND EARLY CHILDHOOD CARE AND EDUCATION: A COMPARISON OF INTERNATIONAL EXPERIENCES
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJLGC.938030Keywords:
Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Early Childhood Care and Education), Pengasuhan (Childcare), Polisi (Policy), Undang-Undang (Law)Abstract
Kajian ini menganalisis pengalaman antarabangsa dalam pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) dari pelbagai negara iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan Singapura yang boleh dijadikan sebagai pengajaran untuk Malaysia. Perbincangan menumpukan kepada perbandingan dasar dan amalan negara-negara ini dalam meningkatkan kualiti PAKK terutamanya berkaitan kerangka undang-undang dan peraturan. Menggunakan kaedah kajian kualitatif melalui analisis dokumen dan kajian doktrinal, pengalaman daripada negara lain diteliti untuk menjadi pelajaran melalui dasar-dasar yang telah diguna pakai oleh negara-negara tersebut. Kajian ini mendapati bahawa, kualiti PAKK perlu diperkasa melalui reformasi kerangka perundangan melalui penambahbaikan dasar dan polisi sedia ada sesebuah negara. Penubuhan badan khas untuk mengendalikan PAKK juga dapat membantu dalam memastikan kualiti perkhidmatan PAKK adalah pada tahap yang baik. Melihat pengasuhan dan PAKK dari sudut pandang antarabangsa akan membantu Malaysia memperbaiki dan membangunkan sistem dan kualiti PAKK yang lebih mantap, khususnya dari aspek perundangan dan peraturan. Hal ini adalah penting dalam menjamin kesejahteraan dan perkembangan sihat kanak-kanak seawal usia dini.
This study analyses international experiences in Early Childhood Care and Education (ECCE) from various countries, namely the United States, the United Kingdom, Australia, and Singapore, which can serve as lessons for Malaysia. The discussion focuses on comparing the policies and practices of these countries in enhancing the quality of ECCE, particularly in terms of legal frameworks and regulations. Using a qualitative research method through document analysis and doctrinal study, the experiences of these countries are examined to draw insights from the policies they have implemented. The study finds that the quality of ECCE can be improved through the reform of legal frameworks by enhancing existing policies and regulations. The establishment of specialized bodies to oversee ECCE also contributes to ensuring the quality of ECCE services is maintained at a high standard. Viewing ECCE from an international perspective can assist Malaysia in improving and developing a more robust ECCE system, particularly from the aspects of legislation and regulation. This is crucial in ensuring the well-being and healthy development of children from an early age.