AMALAN KEPIMPINAN MORAL PERDANA MENTERI KE-10 MALAYSIA: ANALISIS KANDUNGAN BERDASARKAN HANTARAN BERTULIS DI INSTAGRAM
MORAL LEADERSHIP PRACTICES OF THE 10TH PRIME MINISTER OF MALAYSIA: A CONTENT ANALYSIS OF WRITTEN POSTS ON INSTAGRAM
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJLGC.938032Keywords:
Amalan Kepimpinan Moral (Moral Leadership Practices), Instagram (Instagram), Media Sosial (Social Media), Perdana Menteri (Prime Minister)Abstract
Kajian ini bertujuan untuk meneroka amalan kepimpinan moral yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri ke-10 Malaysia (PM ke-10) melalui hantaran bertulis di Instagram. Bagi mencapai objektif yang ditetapkan, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui reka bentuk analisis kandungan. Hantaran bertulis di Instagram Anwar Ibrahim di analisis bermula dari hari pertama lantikan beliau sebagai PM ke-10 iaitu 24 November 2022 sehingga 31 Disember 2022. Tema-tema yang ditemui di analisis secara manual dengan menggunakan analisis tematik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat tujuh amalan kepimpinan moral melalui hantaran bertulis di Instagram beliau iaitu berbincang, integriti, menyantuni, persahabatan, menghargai, bersatu-padu dan kesamarataan. Dapatan ini membuktikan bahawa PM ke-10 mengamalkan kepimpinan moral yang wajar ditunjukkan sebagai seorang pemimpin nombor satu negara, seterusnya menjadi contoh teladan yang boleh diikuti oleh masyarakat khususnya pemimpin di pelbagai peringkat.
The study aims to explore the moral leadership practices demonstrated by the 10th Prime Minister of Malaysia (10th PM) through a written post on Instagram. To achieve the objectives, this study used a qualitative approach through content analysis. The analysis of written posting on Anwar Ibrahim’s Instagram starts from the first day of his appointment as the 10th PM, which is 24th November 2022 until 31st December 2022. Themes found were analysed manually using thematic analysis. Studies show that there were seven moral leadership practices in the written posting on his Instagram: discussion, integrity, politeness, friendship, appreciation, unity, and equality. This finding proves that the 10th PM practices moral leadership that should be shown as the number one leader of the country, and thus be an example to be followed by the community, especially leaders at various levels.