KOMUNIKASI KEPIMPINAN DALAM PENDIDIKAN: IMPLIKASI DAN CABARAN
LEADERSHIP COMMUNICATION IN EDUCATION: IMPLICATIONS AND CHALLENGES
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJLGC.938033Keywords:
Cabaran (Challenges), Implikasi (Implications), Pendidikan (Education), Komunikasi Kepimpinan (Leadership Communication)Abstract
Komunikasi yang berkesan adalah asas kepada kepimpinan pendidikan yang berjaya. Dengan memahami dan mengaplikasikan strategi komunikasi yang betul, pemimpin pendidikan dapat melakukan perubahan positif dan mencapai kecemerlangan dalam institusi pendidikan mereka. Kertas konsep ini bertujuan untuk menganalisis peranan komunikasi dalam kepimpinan pendidikan serta mengenal pasti strategi berkesan dan cabaran yang dihadapi oleh pemimpin pendidikan dalam menyampaikan visi, misi dan nilai-nilai kepada semua pihak berkepentingan. Melalui kerangka teori kepimpinan lestari, komunikasi interpersonal, dan komunikasi organisasi, artikel ini meneliti bagaimana komunikasi yang berkesan boleh mempengaruhi iklim sekolah, motivasi dan prestasi pelajar serta pengurusan perubahan dalam institusi pendidikan. Selain itu, kertas konsep ini juga membincangkan strategi komunikasi berkesan seperti penggunaan komunikasi verbal dan non-verbal, pendekatan komunikasi dua hala dan kepentingan mendengar secara aktif. Cabaran yang dibincangkan termasuk halangan budaya dan bahasa, kekangan teknologi serta rintangan psikologi dan emosi. Artikel ini merumuskan bahawa komunikasi yang berkesan adalah elemen penting dalam kepimpinan pendidikan yang berjaya dan memberikan cadangan untuk meningkatkan kemahiran komunikasi pemimpin pendidikan.
Effective communication is the foundation of successful educational leadership. By understanding and applying the right communication strategies, educational leaders can make positive changes and achieve excellence in their educational institutions. This concept paper aims to analyse the role of communication in educational leadership as well as identify effective strategies and challenges faced by educational leaders in communicating vision, mission and values to all stakeholders. Through the theoretical framework of sustainable leadership, interpersonal communication, and organizational communication, this article examines how effective communication can affect school climate, student motivation and performance as well as change management in educational institutions. In addition, this concept paper also discusses effective communication strategies such as the use of verbal and non-verbal communication, a two-way communication approach and the importance of active listening. Challenges discussed include cultural and language barriers, technological constraints as well as psychological and emotional barriers. This article summarizes that effective communication is an important element in successful educational leadership and provides suggestions for improving the communication skills of educational leaders.