INTEGRASI KONSEP HISBAH DALAM PELAKSANAAN MS 1900 DI MAHKAMAH SYARIAH
INTEGRATION THE CONCEPT OF HISBAH IN THE IMPLEMENTATION OF MS 1900 IN SYARIAH COURT
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJLGC.1039014Keywords:
Hisbah (Hisbah), Kajian Kes (Case Study), MS1900 (MS1900), Mahkamah Syariah (Sharia Court), Pengurusan Kualiti (Quality Management)Abstract
Konsep Hisbah merupakan satu prinsip penting dalam Islam yang menekankan pengawasan dan pemantauan terhadap perlaksanaan undang-undang syariah dalam masyarakat. Artikel ini membincangkan bagaimana konsep Hisbah dapat diintegrasikan dalam sistem pengurusan kualiti patuh syariah di Mahkamah Syariah Negeri Melaka. Kajian ini merangkumi perbincangan berkaitan konsep, definisi, dan pelaksanaan sistem pengurusan kualiti syariah MS 1900 di Mahkamah Syariah Negeri Melaka dan perkaitannya dengan konsep hisbah. Berdasarkan hasil kajian menggunakan teknik analisis literatur dan teknik kajian kes mendapati terdapat 9 langkah pelaksanaan MS 1900 yang mempunyai integrasi berkaitan konsep hisbah dalam Islam iaitu Kepimpinan Pengurusan Tertinggi dan Penubuhan Jawatankuasa Khas, Pengurusan Sumber, Latihan dan Kursus, Dokumentasi, Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP), Penambahbaikan Berterusan, Audit Dalaman dan Audit Luaran serta Pengurusan Risiko. Tuntasnya, pelaksanaan MS 1900 mempunyai pengintegrasian yang jelas dengan konsep hisbah yang secara langsung mampu meningkatkan pematuhan syariah dan menjamin kualiti perkhidmatan serta produk yang disediakan terutama di institusi Mahkamah Syariah Negeri Melaka.
The concept of Hisbah is an important principle in Islam that emphasizes supervision and monitoring the implementation of Sharia law in society. This article discusses how the concept of Hisbah can be integrated into the Sharia-compliant quality management system at the Melaka State Sharia Court. This study includes a discussion of the concept, definition, and implementation of the Sharia quality management system MS 1900 at the Melaka State Sharia Court and its relation to the concept of Hisbah. Based on the findings from literature analysis and case study techniques, it was found that there are 9 steps in the implementation of MS 1900 that integrate with the concept of Hisbah in Islam, which are: Leadership of Top Management and the Establishment of a Special Committee, Resource Management, Training and Courses, Documentation, Management Review Meetings (MKSP), Continuous Improvement, Internal and External Audits, and Risk Management. In conclusion, the implementation of MS 1900 shows a clear integration with the concept of Hisbah, which directly enhances Sharia compliance and ensures the quality of services and products provided, especially at the Melaka State Sharia Court.