FAKTOR PENGLIBATAN REMAJA DALAM JENAYAH JUVANA: KAJIAN DI ASRAMA AKHLAK RUSILA MARANG TERENGGANU
FACTORS OF ADOLESCENT INVOLVEMENT IN JUVENILE CRIME: A STUDY AT ASRAMA AKHLAK RUSILA MARANG TERENGGANU
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJLGC.1039015Keywords:
Remaja (Teenagers), Juvana (Youth), Asrama Akhlak Rusila, Marang, TerengganuAbstract
Jenayah juvana sering dilaporkan seolah-oleh tidak ada pengakhiran. Oleh itu faktor berlakunya kejadian ini perlu dikaji. Antara kesalahan jenayah yang sering berlaku dalam kalangan remaja adalah penyalahgunaan dadah, mencuri, seks bebas, jenayah kekerasan, dan merosakkan harta benda. Kajian ini dijalankan di Asrama Akhlak Rusila, Marang, Terengganu bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan remaja terlibat dengan juvana. Metodologi yang digunakan adalah kaedah kualitatif dan alat kajian menggunakan temubual separa berstruktur. Sampel kajian terbahagi kepada dua kumpulan iaitu dua orang pegawai asrama dan 12 orang pesalah juvana yang dipilih mengikut tiga kumpulan yang mempunyai latar belakang sosioekonomi keluarga yang berbeza iaitu berpendapatan rendah, sederhana dan tinggi mengikut ukuran rasmi kerajaan. Empat orang pesalah juvana dipilih untuk setiap kumpulan. Hasil kajian dianalisis dengan menggunakan pendekatan induktif dan mendapati faktor salah laku remaja adalah disebabkan perasaan ingin mencuba, pengaruh rakan, dan sosioekonomi keluarga yang rendah. Kesibukan ibu bapa bekerja menyebabkan remaja bebas berada di luar rumah selain daripada remaja mencari sumber pendapatan sendiri untuk meneruskan kelangsungan hidup sehingga menyebabkan mereka terjebak dengan jenayah juvana. Kesimpulannya, ketika anak-anak sedang meningkat remaja, pergaulan dan aktiviti mereka perlu dipantau oleh ibu bapa, ahli keluarga terdekat, dan guru-guru untuk memastikan mereka bergaul dalam kalangan rakan-rakan yang berakhlak supaya tidak melakukan aktiviti tidak sihat. Implikasi kajian membuktikan Akta Kanak-kanak 2011 dapat memberi pengajaran kepada pesalah juvana dan dapat memberi kesedaran kepada ibu bapa, ahli keluarga, guru-guru, masyarakat, dan pihak berwajib tentang faktor-faktor yang menyebabkan remaja terlibat dengan jenayah juvana supaya semua pihak yang terlibat dapat mengambil peduli dan memantau kegiatan remaja agar penglibatan remaja dalam jenayah juvana dapat dihindari.
Juvenile crime is often reported as never ending. Therefore, the factors that cause this incident need to be studied. Among the crimes that often occur among teenagers are drug abuse, stealing, free sex, violent crimes, and damaging property. This study was conducted at Asrama Akhlak Rusila, Marang, Terengganu with the aim of identifying the factors that cause teenagers to get involved with juveniles. The methodology used is a qualitative method and a research tool using semi-structured interviews. The study sample was divided into two groups, namely two hostel officials and 12 juvenile offenders who were selected according to three groups with different family socioeconomic backgrounds, namely low, medium and high income according to the official government measure. Four juvenile offenders were selected for each group. The results of the study were analyzed using an inductive approach and it was found that the factors of teenage misbehavior are due to the feeling of wanting to try, the influence of friends, and the family's low socioeconomic status. The busyness of working parents causes teenagers to be free outside the home apart from teenagers looking for their own source of income to continue survival, thus causing them to get caught up in juvenile crime. In conclusion, when children are growing into teenagers, their socializing and activities need to be monitored by parents, close family members, and teachers to ensure that they socialize with friends who have good manners so that they do not engage in unhealthy activities. The implications of the study prove that the Children's Act 2011 can teach lessons to juvenile offenders and can give awareness to parents, family members, teachers, the community, and authorities about the factors that cause teenagers to be involved in juvenile crime so that all parties involved can take care and monitor the activities of teenagers so that the involvement of teenagers in juvenile crimes can be avoided.