KEDINAMIKAN POLITIK MELAYU ISLAM UMNO-PAS DARI TAHUN 2008-2018: SOROTAN KAJIAN
THE DYNAMICS OF MALAY-MUSLIM POLITICS OF UMNO-PAS FROM 2008 TO 2018: A REVIEW OF STUDIES
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJLGC.1040002Keywords:
Kedinamikan (Dynamics), Parti Islam Se-Malaysia (Pan-Malaysian Islamic Party), Pilihan Raya Umum Ke-12 (12th General Election), United Malays National OrganisationAbstract
Kajian ini meneliti kedinamikan parti politik Melayu-Islam, iaitu United Malays National Organisation (UMNO) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang melihat dalam konteks politik Malaysia dari tahun 2008 hingga 2018. Tempoh ini menyaksikan perubahan signifikan dalam landskap politik negara, terutamanya selepas Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) pada tahun 2008 yang menandakan kemerosotan penguasaan Barisan Nasional (BN) dan kebangkitan Pakatan Rakyat (PR) sebagai kuasa alternatif. Reka bentuk kajian ini ialah menggunakan kaedah kualitatif dan kajian ini mengunakan Sorotan Kajian. Kajian ini menganalisis beberapa kajian dan artikel jurnal yang menerangkan berkenaan UMNO dan PAS. Hasil dari kajian ini telah menunjukkan terdapat beberapa perubahan yang signifikan terhadap dua buah parti tersebut. UMNO, sebagai parti teras BN menghadapi cabaran dalam mengekalkan sokongan tradisional pengundi Melayu, manakala PAS sebagai parti Islam utama bergelut dengan isu identiti dan strategi politik mereka antara kerjasama dengan ‘parti sekular’ dan pendekatan Islamis yang lebih tegar. Faktor-faktor yang mempengaruhi hubungan kedua-dua parti, termasuk persaingan untuk mendapatkan sokongan pengundi Melayu-Islam, isu-isu agama, dan perubahan dinamik dalam aliran politik. Melalui analisis kajian dan artikel, ucapan pemimpin, dan keputusan pilihan raya, kajian ini memberikan gambaran komprehensif tentang evolusi hubungan UMNO-PAS dan implikasinya terhadap masa depan politik Melayu-Islam di Malaysia. Hasil kajian menunjukkan bahawa tempoh 2008-2018 merupakan era penting dalam transformasi politik Malaysia, dengan UMNO dan PAS memainkan peranan penting dalam membentuk naratif politik Melayu-Islam.
This study examines the dynamics of two major Malay-Islamic political parties in Malaysia, United Malays National Organisation (UMNO) and the Pan-Malaysian Islamic Party (PAS) within the country’s political context from 2008 to 2018. This period marked a significant shift in Malaysia’s political landscape, particularly after the 12th General Election (GE-12) in 2008, which saw a decline in the dominance of Barisan Nasional (BN) and the rise of Pakatan Rakyat (PR) as a viable alternative coalition. The study adopts a qualitative research design through literature review. It analyses various academic studies, journal articles, political speeches, and election results to understand the changing strategies and relationships between UMNO and PAS. The findings indicate that UMNO, as the core party of BN, faced major challenges in retaining traditional Malay voter support, while PAS grappled with the dilemma of maintaining a conservative Islamist stance or cooperating with secular-leaning political parties. Competition for Malay-Muslim voter support, religious issues, and shifts in political dynamics were key factors influencing the relationship between the two parties. This research provides a comprehensive overview of the evolution of UMNO-PAS relations and its implications for the future of Malay-Islamic politics in Malaysia. The period from 2008 to 2018 is identified as a pivotal era in the nation’s political transformation, with both UMNO and PAS playing significant roles in shaping the modern Malay-Islamic political narrative.