TADBIR URUS WAKAF DI KELANTAN: ISU, CABARAN DAN STRATEGI

WAQF GOVERNANCE IN KELANTAN: ISSUES, CHALLENGES AND STRATEGIES

Authors

  • Marina Abu Bakar Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA Perlis, Malaysia
  • Noraini Ismail Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA Perlis, Malaysia
  • Nur Fatin Nabilah Shahrom Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA Perlis, Malaysia
  • Nurliyana Mohd Talib Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA Perlis, Malaysia
  • Noor Azura Zainuddin Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA Perlis, Malaysia
  • Nurul Farhana Yahaya Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA Perlis, Malaysia
  • Azhar Abdul Rahman Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA Perlis, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.35631/IJLGC.1040007

Keywords:

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) (Kelantan Islamic Religious and Malay Customs Council (MAIK)), Tadbir Urus Wakaf (Waqf Governance), Wakaf Kelantan (Waqf in Kelantan)

Abstract

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) merupakan pemegang amanah tunggal wakaf di negeri Kelantan. MAIK memainkan peranan penting dalam memelihara amanah pewakaf dan memastikan pengurusan wakaf di negeri Kelantan berjalan secara sistematik dan berlandaskan syarak. Namun begitu, dalam menguruskan wakaf, MAIK berhadapan dengan pelbagai cabaran. Hal ini menyebabkan perkembangan wakaf di negeri Kelantan adalah lebih perlahan jika dibandingkan dengan negeri-negeri yang lain. Kesannya, MAIK memerlukan lebih banyak usaha ke arah pemerkasaan dan penambahbaikan wakaf pada masa hadapan. Justeru, kajian ini dijalankan untuk menganalisis isu, cabaran dan strategi tadbir urus wakaf di Kelantan. Kajian ini mengguna pakai reka bentuk kualitatif. Data kajian dikumpul melalui kajian perpustakaan, dokumen dan temu bual bersama pegawai pengurusan wakaf di MAIK. Manakala, data kajian dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan dan tematik. Hasil kajian mendapati bahawa pengurusan wakaf di MAIK berhadapan dengan cabaran seperti kekangan sumber manusia, kurang kesedaran masyarakat dan keperluan promosi yang berterusan. Namun, melalui strategi penambahbaikan prosedur, pengurusan yang berstruktur dan promosi berkesan, MAIK berjaya mengekalkan integriti dan kelestarian dalam pengurusan wakaf. Kajian ini diharapkan dapat memberi panduan dan cadangan ke arah penambahbaikan dalam pengurusan wakaf di negeri Kelantan pada masa akan datang.

The Kelantan Islamic Religious and Malay Customs Council (MAIK) is the sole trustee of waqf in the state of Kelantan. MAIK plays a crucial role in safeguarding the waqif’s trust and ensuring that the management of waqf in Kelantan is conducted systematically and in accordance with Shariah principles. However, in managing waqf, MAIK faces various challenges. This situation has resulted in the development of waqf in Kelantan progressing more slowly compared to other states. Consequently, MAIK requires greater efforts toward empowering and improving waqf management in the future. Therefore, this study was conducted to analyse the issues, challenges and governance strategies of waqf in Kelantan. This study adopts a qualitative research design. Data were collected through library research, document analysis, and interviews with waqf management officers at MAIK. The data were then analysed using content analysis and thematic analysis methods. The findings of the study reveal that MAIK faces challenges such as limited human resources, low public awareness, and the need for continuous promotion. However, through strategies of procedural improvement, structured management, and effective promotion, MAIK has successfully maintained integrity and sustainability in waqf management. This study is expected to provide guidance and recommendations for enhancing waqf management in Kelantan in the future.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

05-06-2025

How to Cite

Marina Abu Bakar, Noraini Ismail, Nur Fatin Nabilah Shahrom, Nurliyana Mohd Talib, Noor Azura Zainuddin, Nurul Farhana Yahaya, & Azhar Abdul Rahman. (2025). TADBIR URUS WAKAF DI KELANTAN: ISU, CABARAN DAN STRATEGI: WAQF GOVERNANCE IN KELANTAN: ISSUES, CHALLENGES AND STRATEGIES. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 10(40). https://doi.org/10.35631/IJLGC.1040007