DAKWAH ISLAM DAN PENAPISAN KANDUNGAN OLEH AI: SATU ANALISIS KRITIS TERHADAP CABARAN PENDAKWAH MEDIA SOSIAL

ISLAMIC PREACHING AND AI CONTENT MODERATION: A CRITICAL ANALYSIS OF THE CHALLENGES FACED BY SOCIAL MEDIA PREACHERS

Authors

  • Ahmad Hamdani Fakhruddin Mukhtar Jabatan Syariah, Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) Perlis, Malaysia
  • Ahmad Akmal Wan Muhayudin Jabatan Usuluddin, Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) Perlis, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.35631/IJLGC.1040014

Keywords:

Dakwah Islam (Islamic Dakwah), Penapisan Kandungan (Content Filtering), Kecerdasan Buatan (AI) (Artificial Intelligence (AI), Algoritma (Algorithm), Ketidakadilan Epistemik (Epistemic Injustice), Media Sosial (Social Media), Literasi Digital (Digital Literacy)

Abstract

Kepesatan inovasi digital seharusnya dimanfaatkan oleh umat Islam sebagai medium dakwah yang penting pada hari ini. Kajian ini bertujuan untuk meneliti cabaran yang dihadapi oleh pendakwah Islam dalam menyampaikan mesej dakwah melalui media sosial, khususnya apabila kandungan mereka ditapis oleh sistem kecerdasan buatan (AI) yang digunakan oleh platform digital utama seperti YouTube, TikTok dan Facebook. Meskipun system penapisan kandungan melalui AI dibangunkan untuk mengekang penyebaran maklumat berbahaya, ia sering gagal menangani konteks keagamaan dan budaya, sehingga mengakibatkan kandungan dakwah yang sah disekat secara tidak wajar. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah analisis kandungan terhadap laporan media, laporan pengguna dan kajian terdahulu yang mendokumentasikan kes penapisan kandungan dakwah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penapisan oleh AI bukan sahaja berpunca daripada algoritma yang dilatih dengan data yang bias, tetapi turut dipengaruhi oleh laporan pengguna serta polisi penyedia platform yang kabur terhadap kandungan berunsur keagamaan. Kajian mencadangkan keperluan penambahbaikan sistem penapisan kandungan yang lebih kontekstual, adil dan telus. Kajian ini turut mencadangkan penglibatan aktif institusi dakwah dan pendakwah secara umumnya dalam memperkasa literasi digital dalam kalangan pendakwah agar mereka mampu menyesuaikan diri dengan cabaran algoritma tanpa mengorbankan nilai asas dakwah.

The rapid advancement of digital innovation should be harnessed by Muslims as a vital medium for contemporary da'wah. This study aims to examine the challenges faced by Islamic preachers in conveying their message through social media, particularly when their content is filtered by artificial intelligence (AI) systems employed by major digital platforms such as YouTube, TikTok, and Facebook. Although AI-based content moderation systems are developed to curb the spread of harmful information, they frequently fail to account for religious and cultural contexts, resulting in the unjustified restriction of legitimate da'wah content.This research adopts a qualitative approach, employing content analysis of media reports, user complaints, and previous studies that document cases of da'wah content censorship. The findings indicate that AI-driven censorship stems not only from algorithms trained on biased datasets but is also influenced by user reports and ambiguous platform policies concerning religious content.The study recommends improvements to content moderation systems to make them more contextual, fair, and transparent. It further suggests the active involvement of Islamic institutions and preachers in strengthening digital literacy among da'wah practitioners, enabling them to navigate algorithmic challenges without compromising the fundamental values of da'wah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

05-06-2025

How to Cite

Ahmad Hamdani Fakhruddin Mukhtar, & Ahmad Akmal Wan Muhayudin. (2025). DAKWAH ISLAM DAN PENAPISAN KANDUNGAN OLEH AI: SATU ANALISIS KRITIS TERHADAP CABARAN PENDAKWAH MEDIA SOSIAL: ISLAMIC PREACHING AND AI CONTENT MODERATION: A CRITICAL ANALYSIS OF THE CHALLENGES FACED BY SOCIAL MEDIA PREACHERS. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 10(40). https://doi.org/10.35631/IJLGC.1040014