PEMBANGUNAN MODAL INSAN YANG BERINTEGRITI BERDASARKAN KONSEP NILAI ADAB MENURUT ISLAM

DEVELOPMENT OF HUMAN CAPITAL WITH INTEGRITY BASED ON THE CONCEPT OF ADAB VALUES ACCORDING TO ISLAM

Authors

  • Ira Meilita Department of General Studies, Universiti Tunku Abdul Rahman, Malaysia
  • Munirah Department of General Studies, Universiti Tunku Abdul Rahman, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.35631/IJLGC.1040025

Keywords:

Modal Insan (Human Capital), Berintegriti ( Integrity), Nilai Adab (Islamic Ethical Values (Adab)

Abstract

Pembangunan modal insan, yang merujuk kepada aset intelektual yang terdapat dalam diri individu, memainkan peranan yang amat penting dalam kemajuan sesebuah negara. Dalam era pendigitalan dan kemajuan pesat teknologi masa kini, modal insan yang berkemahiran tinggi, berilmu, berpengetahuan luas, serta berintegriti merupakan elemen utama yang diperlukan untuk mencapai status negara maju. Pembangunan modal insan berintegriti melibatkan usaha bersepadu daripada keluarga, masyarakat, dan organisasi dalam membentuk keterampilan individu yang selaras dengan nilai-nilai murni dan etika. Dalam konteks masyarakat yang semakin kompleks dan mencabar, modal insan yang berintegriti menjadi asas penting dalam membina kepercayaan, memupuk kerjasama, serta menjamin keadilan sosial. Nilai adab menurut perspektif Islam mempunyai kaitan yang erat dengan nilai-nilai tersebut. Individu yang berintegriti akan sentiasa bertindak secara jujur, amanah, dan bertanggungjawab, selain mampu membuat keputusan yang adil dan beretika. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti nilai-nilai adab menurut Islam yang relevan dalam pembangunan modal insan berintegriti, serta menerangkan kaedah-kaedah penerapan nilai-nilai tersebut dalam konteks pembangunan modal insan. Dalam kajian ini data dikumpul melalui analisis teks. Kemudian data tersebut dianalisis menggunakan pendekatan analisis tematik. Hasil kajian menunjukkan nilai-nilai adab Islam yang dikenal pasti boleh diterapkan dalam kalangan masyarakat Malaysia daripada pelbagai golongan melalui kaedah-kaedah tertentu. Penerapan nilai adab ini penting dalam membentuk modal insan yang berkualiti dan berdaya saing.

Human capital development, which refers to the intellectual assets within an individual, plays a very important role in the progress of a nation. In this era of digitalization and rapid technological advancement, highly skilled, knowledgeable, well-informed, and integrity-driven human capital is a key element required to achieve the status of a developed country. The development of human capital with integrity involves integrated efforts from families, communities, and organizations in shaping individuals’ character in alignment with noble values and ethics. In the context of an increasingly complex and challenging society, human capital with integrity is fundamental in building trust, fostering cooperation, and ensuring social justice. The concept of adab (Islamic ethical values) from the Islamic perspective is closely related to these values. Individuals with integrity will consistently act honestly, responsibly, and trustworthily, as well as be capable of making fair and ethical decisions. Therefore, this study aims to identify the values of adab according to Islam that are relevant to the development of human capital with integrity, as well as to explain the methods of applying these values in the context of human capital development. Data for this study were collected through text analysis and subsequently analyzed using a thematic analysis approach. The findings indicate that the Islamic values of adab identified can be applied among various groups within Malaysian society through specific methods. The application of these adab values is important in forming quality and competitive human capital.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

05-06-2025

How to Cite

Ira Meilita, & Munirah. (2025). PEMBANGUNAN MODAL INSAN YANG BERINTEGRITI BERDASARKAN KONSEP NILAI ADAB MENURUT ISLAM: DEVELOPMENT OF HUMAN CAPITAL WITH INTEGRITY BASED ON THE CONCEPT OF ADAB VALUES ACCORDING TO ISLAM. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 10(40). https://doi.org/10.35631/IJLGC.1040025