PEMERKASAAN KESEDARAN HAK PENGGUNA MUSLIM DALAM PENDIDIKAN DAN PENGUATKUASAAN: ANALISIS DARI PRINSIP SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG

EMPOWERING AWARENESS OF MUSLIM CONSUMER RIGHTS IN EDUCATION AND ENFORCEMENT: AN ANALYSIS FROM THE PERSPECTIVE OF SHARIAH PRINCIPLES AND THE LAW

Authors

  • Nur Faizatul Zehan Saari Faculty of Islamic Studies, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Zalina Zakaria Department of Syariah dan Law, Universiti Malaya, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.35631/IJLGC.1040027

Keywords:

Pendidikan Pengguna (Consumer Education), Penguatkuasaan Undang-undang (Legal Enforcement), Kesedaran (Awareness), Hak Pengguna Muslim (Muslim Consumer Rights)

Abstract

Mutakhir ini, kemajuan teknologi dunia menyaksikan kerancakan dalam sistem ekonomi dan perdagangan yang semakin pesat membangun. Walaupun perkara ini memberikan impak positif terhadap kestabilan dan daya saing anggota masyarakat, namun tidak dapat dinafikan ianya turut mengakibatkan timbul pelbagai isu kepenggunaan yang semakin kompleks. Sistem pasaran terbuka yang diamalkan dalam era perkembangan dunia kini menyebabkan masyarakat pengguna terdedah kepada manipulasi dan diskriminasi yang membawa kepada pelbagai bentuk kerugian. Oleh dari itu, kajian ini bertujuan untuk mencadangkan pendekatan yang sistematik dalam memperkasakan pendidikan dan penguatkuasaan undang-undang sebagai mekanisme utama bagi meningkatkan tahap kesedaran pengguna Muslim terhadap hak mereka. Bagi mencapai objektif ini, kajian dijalankan menggunakan pendekatan kaedah kualitatif yang dianalisis berdasarkan dapatan data kepustakaan dengan merujuk kepada perbincangan para ulama klasik dan kontemporari serta dokumen perundangan seperti Akta Perlindungan Pengguna 1999 bagi meneliti hak pengguna Muslim dari perspektif Syariah dan undang-undang. Hasil kajian ini mendapati bahawa prinsip dan garis panduan yang telah ditentukan dalam Islam perlu diaplikasikan beserta undang-undang dan dasar yang diambil kerajaan bagi melahirkan pengguna Muslim yang bukan sekadar bijak bahkan faham undang-undang. Keperluan kepada inisiatif yang proaktif dari sudut perspektif dan dimensi yang lebih meluas dalam mendepani perkembangan kepenggunaan yang semakin rancak perlu dilaksanakan secara holistik. Sehubungan dengan itu, kajian ini mencadangkan beberapa langkah dalam membina alternatif melalui pendidikan pengguna Muslim yang lebih sistematik serta penambahbaikan mekanisme penguatkuasaan bagi memastikan hak pengguna terus dilindungi. Ini adalah bagi memastikan sinergi antara pendidikan dan penguatkuasaan yang berlandaskan Syariah dan undang-undang mampu meningkatkan kesedaran serta keberkesanan perlindungan hak pengguna Muslim khususnya di Malaysia.

In the past few years, global advancement in technology has fuelled tremendous growth in economic and financial markets. While these changes have improved society stability and competitiveness, they have also resulted in more complex consumer difficulties. The open market system practised in today’s globalised world exposes consumers to manipulation and discrimination, often leading to various forms of loss. This study seeks to suggest a systematic method for strengthening education and legal enforcement as essential methods to elevate Muslim consumers understanding of their rights.  To attain this goal, a qualitative methodology was used, with data evaluated using literature-based findings, which included classical and modern scholarly discourse as well as legal texts such as the Consumer Protection Act of 1999. This was done to analyse Muslim consumer rights from both a Shariah and legal perspective. The findings show that Islamic concepts and standards must be used in conjunction with government-enacted laws and regulations to generate Muslim consumers who are not just intelligent but also legally literate. There is an urgent need for proactive actions from various viewpoints and dimensions to handle the increasingly dynamic consumer market in a comprehensive manner. As a result, this study suggests various strategic initiatives for developing alternatives, including a more comprehensive Muslim consumer education framework and improvements to enforcement mechanisms, to ensure the continuous protection of consumer rights. This synergy between teaching and enforcement, based on both Shariah and legal frameworks, is critical for boosting awareness and improving the efficiency of consumer rights protection, particularly among Malaysia's Muslim community.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

05-06-2025

How to Cite

Nur Faizatul Zehan Saari, & Zalina Zakaria. (2025). PEMERKASAAN KESEDARAN HAK PENGGUNA MUSLIM DALAM PENDIDIKAN DAN PENGUATKUASAAN: ANALISIS DARI PRINSIP SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG: EMPOWERING AWARENESS OF MUSLIM CONSUMER RIGHTS IN EDUCATION AND ENFORCEMENT: AN ANALYSIS FROM THE PERSPECTIVE OF SHARIAH PRINCIPLES AND THE LAW. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 10(40). https://doi.org/10.35631/IJLGC.1040027