PERANAN KAPAL SEBAGAI ALAT STRATEGIK DALAM PEMBENTUKAN DAN PENGUKUHAN KUASA UTHMANIYYAH

THE USE OF SHIPS AS A STRATEGIC ASSET IN THE FORMATION AND EXPANSION OF OTTOMAN AUTHORITY

Authors

  • Ammalina Dalillah Mohd Isa Research Centre for Arabic Language and Islamic Civilization, Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bandar Baru Bangi, Selangor
  • Roziah Sidik @ Mat Sidek Research Centre for Arabic Language and Islamic Civilization, Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bandar Baru Bangi, Selangor
  • Napisah Karimah Ismail Research Centre for Arabic Language and Islamic Civilization, Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bandar Baru Bangi, Selangor
  • Nurliyana Mohd Talib Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), UniversitiTeknologi MARA (UiTM) Perlis Branch, Arau, Perlis
  • Afeez Nawfal Mohd Isa Faculty of Art, Sustainability and Creative Industry, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak

DOI:

https://doi.org/10.35631/IJLGC.1040028

Keywords:

Perdagangan Dan Diplomasi (Trade And Diplomacy), Sejarah Dan Tamadun Kerajaan Uthmaniyyah (History And Civilization Of The Ottoman Empire), Sejarah Kapal (History Of Ships), Sejarah Teknologi Dalam Tamadun Islam (History Of Technology In Islamic Civilization), Strategi Maritim (Maritime Strategy)

Abstract

Kapal telah menjadi aset strategik bagi sesebuah kerajaan sejak zaman dahulu. Sejak zaman tamadun awal seperti Mesir Purba, Yunani, dan Rom, kapal digunakan untuk mengawal laluan perdagangan, memperluas wilayah, serta menjalin hubungan diplomatik. Dalam konteks kerajaan Uthmaniyyah, kapal memainkan peranan penting dalam mengukuhkan kerajaan ini. Pada peringkat awal, masyarakat Uthmaniyyah kurang berpengalaman dalam teknologi perkapalan kerana latar belakang mereka sebagai kaum nomad yang berpindah-randah dari satu dataran subur ke dataran yang lain. Namun, selepas penaklukan Gallipoli pada tahun 1354M, mereka mula menyedari kepentingan kapal, khususnya dalam menghubungkan wilayah kekuasaan mereka di Asia dan Eropah. Namun, peranan kapal tidak terhenti sekadar sebagai instrumen penghubung wilayah, sebaliknya ia menjadi elemen penting dalam pengukuhan kerajaan tersebut. Oleh itu, kajian ini menganalisis peranan kapal dalam pembentukan dan pengukuhan kuasa Uthmaniyyah dengan meneliti aspek politik, ekonomi, dan sosial. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kajian sejarah dan analisis kandungan. Data dikumpul menerusi kajian dokumen dan dianalisis menggunakan kaedah tematik serta deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa kapal bukan sahaja berperanan dalam memperluas pengaruh politik Uthmaniyyah melalui ekspedisi ketenteraan dan penaklukan strategik, tetapi juga menjadi instrumen penting dalam mengekalkan kestabilan kerajaan dengan mengawal laluan perairan utama serta menjalin hubungan diplomatik dengan kuasa luar. Dari aspek ekonomi, perkembangan industri pembinaan kapal dan perdagangan laut telah meningkatkan hasil pendapatan kerajaan serta memperkukuh jaringan ekonomi dengan wilayah lain. Dari sudut sosial, penguasaan perairan telah memudahkan mobiliti penduduk, mempercepat interaksi antara komuniti, dan menyumbang kepada penyebaran budaya serta agama Islam. Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa kapal bukan sekadar alat pengangkutan, tetapi merupakan elemen strategik yang menyumbang kepada pengukuhan dan kelangsungan kerajaan Uthmaniyyah dalam jangka masa panjang.

Ships have long been regarded as strategic assets by states and empires. In early civilizations like Ancient Egypt, Greece, and Rome, ships were used to control trade routes, expand territories, and establish diplomatic relations. In the case of the Ottoman Empire, ships played a crucial role in strengthening imperial power. Initially, the Ottomans were inexperienced in maritime technology due to their nomadic origins. However, after the conquest of Gallipoli in 1354, they recognized the significance of naval power, particularly for connecting their dominions across Asia and Europe. Ships, however, were not merely tools of territorial connection; they became vital for consolidating the empire. This study analyzes the strategic role of ships in the formation and consolidation of Ottoman power, focusing on political, economic, and social aspects. Using a qualitative approach through historical research and content analysis, data were gathered from documentary sources and analyzed thematically and descriptively. The findings indicate that ships facilitated the expansion of Ottoman political influence through military campaigns and strategic conquests. They also helped maintain stability by securing maritime routes and enabling diplomatic relations with foreign powers. Economically, the growth of shipbuilding and maritime trade bolstered state revenues and reinforced economic networks. Socially, naval control facilitated population mobility, promoted intercommunity interaction, and aided the spread of Islamic culture. Thus, ships were not just transportation tools but critical strategic instruments contributing to the long-term sustainability of the Ottoman Empire.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

05-06-2025

How to Cite

Ammalina Dalillah Mohd Isa, Roziah Sidik @ Mat Sidek, Napisah Karimah Ismail, Nurliyana Mohd Talib, & Afeez Nawfal Mohd Isa. (2025). PERANAN KAPAL SEBAGAI ALAT STRATEGIK DALAM PEMBENTUKAN DAN PENGUKUHAN KUASA UTHMANIYYAH: THE USE OF SHIPS AS A STRATEGIC ASSET IN THE FORMATION AND EXPANSION OF OTTOMAN AUTHORITY. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 10(40). https://doi.org/10.35631/IJLGC.1040028