ANALISIS ELEMEN NARATIF DALAM FILEM ANIMASI SEEFOOD

Authors

  • Imelda Ann Binti Achin Universiti Malaysia Sabah
  • Zairul Anuar Md Dawam
  • Addley Bromeo Bin Bianus

Keywords:

Filem Animasi, Watak, Elemen Naratif, Pembentukan Naratif, Malaysia

Abstract

Industri animasi di Malaysia telah mencatatkan jumlah penghasilan filem cereka animasi yang semakin meningkat. Bermula dengan filem pendek Hikayat Sang Kancil (1983) sehinggalah Boboiboy The Movie (2016), Malaysia telah berjaya menghasilkan sebanyak 14 buah filem animasi yang dibantu dengan penggunaan teknologi masa kini. Namun, ledakan teknologi tidak menjamin penghasilan produk filem yang berkualiti. Sebaliknya, bergantung kepada penceritaan yang mampu menarik perhatian audiens. Penghasilan penceritaan memerlukan elemen naratif dalam menggarap sesebuah cerita iaitu premis dan tema, plot, watak, latar masa dan tempat, sudut pandang (POV) serta simbol (Trischitta, 2000: 37). Malah, kajian ini turut menggunakan filem animasi yang menggunakan watak antropomorfik sebagai watak utama dalam mendukung penceritaan. Watak antropomorfik antara faktor yang dapat membangun sesuatu struktur penceritaan. Ia mampu mewarnai penceritaan seterusnya menggambarkan sesuatu perlambangan isu-isu semasa hanya di dalam satu watak (Wells, 1998: 108). Justeru, kajian ini menganalisis penggunaan watak antropomorfik dalam mengukuhkan elemen naratif dalam filem animasi Seefood (2012). Kajian ini mendapati watak utama berupaya menggerakkan penceritaan apabila diberikan konflik serta sub-konflik yang memastikan berlakunya perkembangan penceritaan. Setiap elemen naratif mempunyai hubung kait dan memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah naratif yang mampu menarik perhatian audiens. Diharap dengan terlaksananya kajian ini, mampu memberi pemahaman terhadap kepentingan elemen naratif dalam pembentukan sebuah penceritaan yang baik sekaligus memastikan bidang animasi Malaysia dapat menghasilkan produk berkualiti yang mampu bersaing di pasaran antarabangsa.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

15-01-2018

How to Cite

Imelda Ann Binti Achin, Zairul Anuar Md Dawam, & Addley Bromeo Bin Bianus. (2018). ANALISIS ELEMEN NARATIF DALAM FILEM ANIMASI SEEFOOD. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 2(6), 87–100. Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/54