LITERATURE REVIEW PENGLIBATAN POLITIK MAHASISWA MALAYSIA MASA KINI
LITERATURE REVIEW OF CONTEMPORARY MALAYSIAN STUDENT POLITICAL ENGAGEMENT
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJLGC.1040032Keywords:
Politik (Politics), Mahasiswa ( Students), Penglibatan (Involvement), Universiti Dan Media (Universities And Media)Abstract
Penglibatan politik pelajar universiti dan kolej di Malaysia kini adalah fenomena yang kompleks dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor, termasuk pendidikan, pengalaman sosial, dan persekitaran universiti. Universiti mempunyai tanggungjawab untuk menyediakan platform yang menyokong penglibatan politik pelajar dan membangunkan kemahiran yang diperlukan untuk terlibat secara aktif dalam masyarakat. Kajian ini merupakan tinjauan literatur sistematik [systematic literature review (SLR)]. Metode kajian yang digunakan ialah analisis dokumen terhadap artikel yang ditulis bermula dari 2020 hingga 2023 berkaitan dengan penglibatan mahasiswa dalam politik. Dengan melibatkan lima perkara asas iaitu pengaruh media dan teknologi maklumat, pendidikan dan pendedahan akademik, isu-isu semasa dan keadaan sosial, persekitaran kampus, dan akhir sekali latar belakang sosial dan keluarga. Kajian ini mendapati 30 artikel yang ada kaitan dengan pengundi mahasiswa yang boleh dikaitkan dengan PRU dan penglibatan politik belia yang bermula dari artikel yang ditulis dari tahun 2020 hingga tahun 2023, dengan menggunakan kata kunci atau isu yang ditetapkan. Setelah ditapis 15 artikel diterima dan perincian akhir hanya 7 artikel yang diterima. Trend penglibatan politik mahasiswa yang turun naik menunjukkan bahawa kesedaran politik mereka masih bergantung kepada keadaan luaran dan bukan menjadi budaya yang berterusan. Keadaan ini memberi kesan langsung kepada sistem politik negara, ini boleh menyebabkan kestabilan politik lemah dan kesinambungan ahli politik muda sebagai pelapis semakin kurang.
Political engagement of university and college students in Malaysia is now a complex phenomenon and is influenced by various factors, including education, social experience, and the university environment. Universities have a responsibility to provide a platform that supports student political engagement and develop the skills needed to actively engage in society. This study is a systematic literature review (SLR). The research method used is document analysis of articles written from 2020 to 2023 related to student involvement in politics. By involving five basic things, namely the influence of media and information technology, education and academic exposure, current issues and social conditions, campus environment, and finally social and family background. This study found 30 articles related to student voters that can be linked to the GE and youth political engagement starting from articles written from 2020 to 2023, using the specified keywords or issues. After filtering, 15 articles were accepted and the final details only 7 articles were accepted. The fluctuating trend of student political engagement shows that their political awareness still depends on external conditions and is not a continuous culture. This situation has a direct impact on the country's political system, which can lead to weak political stability and fewer young politicians as replacements.