PEMBANGUNAN INSAN DAN AI: MENGIMBANGI KEMAJUAN TEKNOLOGI DENGAN PRINSIP KHALIFAH
HUMAN DEVELOPMENT AND AI: BALANCING TECHNOLOGICAL ADVANCEMENT WITH THE PRINCIPLES OF KHALIFAH
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJLGC.1040037Keywords:
Kecerdasan Buatan (AI) (Artificial Intelligence (AI), Pembangunan Insan (Human Development), Prinsip Khalifah (Khalifah Principle), Maqasid Syariah, Etika Islam (Islamic Ethics)Abstract
Kemajuan kecerdasan buatan (AI) telah membawa perubahan ketara dalam kehidupan manusia daripada pelbagai aspek termasuklah ekonomi, sosial dan budaya. Apa yang membimbangkan, tanpa kawalan nilai dan etika yang jelas, AI berpotensi menjejaskan keseimbangan kemanusiaan dan pembangunan insan. Dalam Islam, manusia dipertanggungjawab sebagai khalifah untuk membangunkan dan memakmurkan muka bumi ini berlandaskan prinsip yang telah digariskan dalam al-Quran dan hadis. Artikel ini membincangkan bagaimana prinsip khalifah dalam Islam boleh dijadikan asas kepada pembangunan insan dalam era AI dengan mengenal pasti konsep khalifah menurut perspektif Islam dan menilai kesan perkembangan AI terhadap pembangunan insan. Seterusnya, Artikel ini bertujuan untuk mencadangkan satu model etika pembangunan dan penggunaan AI berteraskan prinsip Khalifah dan Maqasid Syariah bagi menjamin pembangunan insan yang lestari. Kemajuan teknologi AI memerlukan panduan nilai dan etika bagi memastikan kesejahteraan manusia dan keseimbangan alam sekitar. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis kepustakaan terhadap sumber primer dan sekunder yang berkaitan dengan konsep khalifah, pembangunan insan serta isu-isu etika AI dalam konteks kontemporari. Artikel mencadangkan integrasi maqasid syariah dan prinsip khalifah sebagai kerangka etika Islam dalam pembangunan dan penggunaan AI.
The advancement of artificial intelligence (AI) has brought significant changes to human life in various aspects, including the economy, society, and culture. What is concerning is that, without clear value and ethical controls, AI has the potential to disrupt the balance of humanity and human development. In Islam, humans are entrusted as khalifah (vicegerents) to develop and prosper the earth based on principles outlined in the Qur’an and Hadith. This article discusses how the Islamic principle of khalifah can serve as a foundation for human development in the era of artificial intelligence (AI) by identifying the concept of khalifah from an Islamic perspective and evaluating the impact of AI development on human growth. Furthermore, this study proposes a framework for AI development based on khalifah principles. The advancement of AI technology requires guidance grounded in values and ethics to ensure human well-being and environmental balance. This study employs a qualitative approach through library research on primary and secondary sources related to the concept of khalifah, human development, and ethical issues of AI in the contemporary context. The article proposes the integration of maqasid shariah and the khalifah principle as an Islamic ethical framework in the development and use of AI.