PENGLIBATAN KELAS MENENGAH DALAM PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI DI MALAYSIA
THE MIDDLE CLASS INVOLVEMENT IN SOCIOECONOMIC DEVELOPMENT IN MALAYSIA
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJLGC.1040039Keywords:
Masyarakat (Society), Tadbir Urus (Governance), Penglibatan (Involvement), Kelas Menengah (Middle Class), Pendidikan (Education), Pembangunan Sosioekonomi (Socioeconomic Development)Abstract
Kelas menengah di Malaysia merupakan golongan yang penting dalam pembangunan sosioekonomi negara. Golongan ini memainkan peranan utama dalam memacu pertumbuhan ekonomi, menyokong kestabilan politik, dan membentuk dinamika sosial di Malaysia. Keterlibatan kelas menengah dalam pelbagai aspek, termasuk ekonomi, politik, dan pendidikan, kini semakin signifikan. Walau bagaimanapun, terdapat kekurangan pemahaman mendalam tentang bagaimana penglibatan kelas menengah mempengaruhi pembangunan sosioekonomi secara keseluruhan. Masalah ini menimbulkan persoalan tentang sejauhmana kelas menengah berperanan dalam meningkatkan kualiti hidup masyarakat serta menyokong kestabilan sosioekonomi di negara ini. Masalah ini menimbulkan persoalan tentang sejauhmana kelas menengah berperanan dalam menyokong kestabilan sosioekonomi di negara ini. Oleh hal yang demikian, artikel ini membincangkan tentang penglibatan kelas menengah dalam aspek-aspek ekonomi, politik, masyarakat, dasar dan tadbir urus serta pendidikan terhadap pembangunan sosioekonomi di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif menerusi analisis dokumen dari sumber sekunder seperti buku, jurnal, dan artikel untuk meneliti secara menyeluruh peranan kelas menengah dalam konteks ini. Secara keseluruhannya, kajian ini memberi pandangan yang mendalam mengenai bagaimana kelas menengah menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi di Malaysia. Hasil kajian menunjukkan bahawa kelas menengah memainkan peranan penting dalam memastikan pembangunan sosioekonomi yang berkualiti melalui sokongan terhadap pelbagai inisiatif yang memperbaiki taraf hidup dan mendorong pertumbuhan yang inklusif. Implikasi kajian menunjukkan bahawa perkembangan kelas menengah dalam masyarakat telah membawa impak yang signifikan terhadap keseimbangan sosial dan ekonomi negara. Golongan ini cenderung untuk memperjuangkan nilai-nilai kemanusiaan, keadilan sosial, dan akauntabiliti dari pihak berkuasa. Kehadiran kelas menengah yang proaktif dalam arena politik dan sosial juga dapat memberikan tekanan kepada kerajaan untuk melaksanakan dasar-dasar yang lebih progresif dan inklusif.
The middle class in Malaysia is an important group in the country's socioeconomic development. This group plays a key role in driving economic growth, supporting political stability, and shaping social dynamics in Malaysia. The involvement of the middle class in various aspects, including the economy, politics, and education, is increasingly significant. However, there is a lack of deep understanding of how middle-class involvement influences overall socioeconomic development. This issue raises questions about the extent to which the middle class contributes to improving the quality of life in society and supporting socioeconomic stability in the country. Therefore, this article discusses the involvement of the middle class in economic, political, social, policy, governance, and educational aspects of socioeconomic development in Malaysia. This study employs a qualitative approach through document analysis from secondary sources such as books, journals, and articles to thoroughly examine the role of the middle class in this context. Overall, this study provides insights into how the middle class contributes to socioeconomic development in Malaysia. The findings indicate that the middle class plays an essential role in ensuring quality socioeconomic development through support for various initiatives that enhance living standards and encourage inclusive growth. The implications of the study suggest that the growth of the middle class in society has had a significant impact on the social and economic balance of the country. They tend to advocate for humanitarian values, social justice, and accountability from authorities. The presence of a proactive middle class in the political and social arena can also exert pressure on the government to implement more progressive and inclusive policies.