TRANSFORMASI ISLAM DI SABAH PASCA-KEMERDEKAAN: SEJARAH, STRATEGI DAKWAH, DAN PERUBAHAN DEMOGRAFI
THE TRANSFORMATION OF ISLAM IN SABAH IN THE POST-INDEPENDENCE ERA: HISTORY, DA'WAH STRATEGIES, AND DEMOGRAPHIC CHANGES
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJLGC.1040044Keywords:
Dakwah Bersepadu (Integrated Daʿwah), Islamisasi Sabah (Islamization In Sabah), Mualaf, Tun Mustapha, USIAAbstract
Artikel ini membincangkan proses transformasi Islam di Sabah selepas penyertaannya dalam Persekutuan Malaysia pada tahun 1963 sehingga pengisytiharan Islam sebagai Agama Negeri. Fokus utama kajian ialah menelusuri sejarah perkembangan Islam, menilai strategi dakwah yang digunakan oleh institusi-institusi seperti Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), dan menganalisis perubahan demografi umat Islam berdasarkan data rasmi. Kajian ini mendapati bahawa Islam pada peringkat awal pasca-kemerdekaan menghadapi pelbagai cabaran, termasuk dominasi pentadbiran bukan Islam dan ketiadaan struktur organisasi dakwah yang kukuh. Walau bagaimanapun, kemunculan Tun Datu Mustapha sebagai tokoh politik dan pendakwah, serta penubuhan USIA pada tahun 1969, menjadi pemangkin kepada dakwah berstruktur dan terancang di Sabah. Melalui pendekatan bersepadu yang menggabungkan pendidikan, kebajikan, dan pemerkasaan institusi, Islam berjaya diterima secara meluas dalam kalangan masyarakat peribumi. Statistik menunjukkan peningkatan ketara bilangan penganut Islam, daripada 38% pada tahun 1960 kepada 65% menjelang tahun 2010, dengan pertambahan lebih 29,000 mualaf antara tahun 2010 hingga 2023. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis kandungan dokumen sejarah, bancian penduduk, dan laporan institusi agama. Hasilnya menunjukkan bahawa keberhasilan dakwah di Sabah dipengaruhi oleh keupayaan menyesuaikan Islam dengan budaya setempat dan strategi penyampaian yang inklusif. Penemuan ini memberi sumbangan penting kepada kajian dakwah di wilayah berbilang etnik dan agama serta menawarkan kerangka rujukan kepada perancangan pembangunan Islam yang lestari di masa hadapan.
This article examines the transformation of Islam in Sabah following its incorporation into the Federation of Malaysia in 1963 until 2024. The study focuses on tracing the historical development of Islam, evaluating the daʿwah strategies implemented by institutions such as the United Sabah Islamic Association (USIA), and analysing demographic changes based on official data. The research finds that in the early post-independence period, Islam faced numerous challenges, including the dominance of non-Muslim administrative leadership and the absence of a structured daʿwah organisation. However, the emergence of Tun Datu Mustapha as a prominent Muslim political figure and preacher, along with the establishment of USIA in 1969, marked a turning point for systematic and organised daʿwah in the state. Through integrated approaches combining education, welfare, and institutional empowerment, Islam gained widespread acceptance among indigenous communities. Statistics indicate a significant increase in the Muslim population, from 38% in 1960 to 65% by 2010, with more than 29,000 converts recorded between 2010 and 2023. This study employs a qualitative methodology based on content analysis of historical documents, census data, and institutional reports. The findings demonstrate that the success of Islamic propagation in Sabah was strongly influenced by its cultural adaptability and inclusive outreach strategies. This research contributes significantly to the field of Islamic propagation in multicultural societies and offers a strategic framework for sustainable Islamic development in the future.