PERANAN GOLONGAN WANITA BERKERJAYA DALAM PEMBANGUNAN DAKWAH DI SABAH: MENDEPANI ERA PASCA MODENISME

THE ROLE OF WORKING WOMEN IN DA'WAH DEVELOPMENT IN SABAH: FACING THE POSTMODERN ERA

Authors

  • Nur Faizatul Zehan Saari Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaysia Sabah
  • Nur Ilma Ambo Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaysia Sabah
  • Siti Hanisah Sabri Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaysia Sabah
  • Salmah S.Hassan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaysia Sabah

DOI:

https://doi.org/10.35631/IJLGC.1040045

Keywords:

Peranan (Role), Wanita Berkerjaya (Working Women), Dakwah (Da'wah), Sabah

Abstract

Dalam menghadapi rempuhan budaya luar dalam arus evolusi sains dan teknologi hari ini, penyebaran ideologi dan fahaman yang bersifat radikal lebih pantas tersebar berikutan dari impak globalisasi dunia tanpa sempadan. Seluruh dunia termasuk negara Malaysia tidak terkecuali berhadapan dengan gelombang pengaruh dan ancaman idea pasca modenisme ke dalam jiwa dan pemikiran umat Islam. Gerakan ini membawa fahaman rasionalisme bertunjangkan kehebatan akal sebagai fundamental dalam kehidupan dan fahaman hedonisme sebagai matlamat hidup seterusnya menolak wahyu dan kebenaran. Penglibatan wanita berkerjaya khususnya di Sabah dalam pembangunan dakwah di era pasca modenisme ini sangat mendesak lebih-lebih lagi dengan kerencaman permasalahan umat semasa dan menjadi lebih signifikan berikutan situasi global hari ini yang kompleks. Lantaran itu, kajian ini bertujuan untuk mengupas dengan lebih lanjut peranan wanita berkerjaya dalam pembangunan dakwah di Sabah mendepani cabaran dan ancaman fahaman pasca modenisme. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini berbentuk kualitatif. Kaedah utama pengumpulan data bagi mencapai objektif kajian adalah melalui analisis kandungan dan pelaksanaan temu bual separa struktur. Temu bual dijalankan melalui proses rakaman dalam bentuk audio, kemudian ditranskripsikan secara verbatim dan seterusnya dianalisis secara manual menggunakan kaedah analisis tematik. Hasil kajian mendapati wanita berkerjaya merupakan di antara tonggak yang menguatkan pembangunan institusi dakwah dalam memberikan wadah aspirasi dan berupaya berinteraksi dengan kepelbagaian isu permasalahan yang timbul dalam berhadapan dengan rempuhan ideologi pasca modenisme ini. Ini membuktikan bahawa wanita berkerjaya di Sabah berpotensi untuk membawa dimensi baru dalam landskap dakwah di negeri ini. Bertitik tolak dari keupayaan mereka dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam menyebarkan dakwah di samping tanggungjawab yang digalas menunjukkan keberkesanan dan kehebatan wanita dalam memupuk aspirasi menerajui pembentukan rohani masyarakat Islam di Sabah. Selain itu juga, menerusi kajian ini dapat dilihat bahawa penglibatan mereka dalam pembangunan dakwah dengan mengguna pakai strategi pengukuhan kekuatan dari segi intelektual, spiritual, mampu mengendalikan emosi dan bijak menguruskan masa dengan efisien merupakan praktik yang berkesan dalam memastikan mesej Islam terus relevan dalam masyarakat moden. Bagi mengoptimumkan potensi ini lebih-lebih lagi dalam menghadapi cabaran modenisasi maka, kesediaan semua pihak dalam menyokong dan membantu usaha dakwah yang berterusan adalah sangat penting dan harus diperkasakan dengan lebih holistik.

The impact of globalization in a borderless world has hastened the development of radical ideas and beliefs in response to the assault of alien cultures in the contemporary evolution of science and technology. Threats and a wave of influence from postmodernist ideas seeping into Muslim minds and souls are something that the entire world, including Malaysia, must deal with. This movement rejects revelation and truth in favour of rationalism, which is based on the idea that reason is the only valid source of existence and that hedonism is the ultimate goal. Considering the variety of difficulties facing the community today, career women's involvement in the development of da'wah in this post-modern period is extremely important, particularly in Sabah. Faced with the challenges and threats of postmodernism, this study intends to investigate the role of working women in the growth of da'wah in Sabah. This study used a qualitative methodology. Semi-structured interviews and content analysis are the primary methods of data collection used to meet the study's aims. The interviews were recorded in audio format, verbatim transcribed, and then manually examined using thematic analysis techniques. The study found that career women are among the pillars that strengthen the development of da'wah institutions in providing a platform for aspirations and are capable of interacting with the various issues that arise in facing the onslaught of post-modernist ideologies. This proves that career women in Sabah have the potential to bring a new dimension to the landscape of da’wah in this state. The beginning point of their ability to overcome numerous hurdles in disseminating the message, together with the duties they hold, indicates the effectiveness and greatness of women in developing desires to lead the spiritual formation of the Islamic community in Sabah. Furthermore, this study demonstrates that their involvement in the development of da'wah through the use of strategies to strengthen intellectual and spiritual capacities, effectively managing emotions, and wisely managing time is an effective practice for ensuring that the message of Islam remains relevant in modern society. To optimize this potential, particularly in facing the challenges of modernization, the willingness of all parties to support and assist ongoing da'wah efforts is very important and should be strengthened in a more holistic manner.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

30-06-2025

How to Cite

Nur Faizatul Zehan Saari, Nur Ilma Ambo, Siti Hanisah Sabri, & Salmah S.Hassan. (2025). PERANAN GOLONGAN WANITA BERKERJAYA DALAM PEMBANGUNAN DAKWAH DI SABAH: MENDEPANI ERA PASCA MODENISME: THE ROLE OF WORKING WOMEN IN DA’WAH DEVELOPMENT IN SABAH: FACING THE POSTMODERN ERA. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 10(40). https://doi.org/10.35631/IJLGC.1040045