AMALAN TADBIR URUS BAIK DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH DALAM ASPEK INTEGRITI DARI PERSPEKTIF MAQASID SYARIAH: SATU SOROTAN LITERATUR

GOOD GOVERNANCE PRACTICES AT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH IN THE ASPECT OF INTEGRITY FROM THE PERSPECTIVE OF MAQASID SHARIAH: A LITERATURE REVIEW

Authors

  • Noor Kasyfe Aidi Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Habibah @ Artini Ramlie Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Sarip Adul Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.35631/IJLGC.1040046

Keywords:

Tadbir Urus (Governance), Integriti ( Integrity), Pengurusan Kualiti (Quality Management), Maqasid Syariah

Abstract

Kajian ini membincangkan hubungan amalan tadbir urus baik dalam aspek integriti dengan prinsip-prinsip maqasid syariah di Universiti Malaysia Sabah. Isu tadbir urus sedang hangat diperbincangkan pada masa kini. Universiti Malaysia Sabah sebagai salah satu institusi pendidikan tinggi awam di Malaysia juga menghadapi isu dan permasalahan dalam sistem tadbir urusnya. Oleh itu, kajian ini berasaskan pandangan berhubung sistem pengurusan Islam yang mengetengahkan konsep tadbir urus baik yang memenuhi maslahah dan menjauhi mafsadah. Objektif kajian ini adalah mengkaji sejauh mana amalan tadbir urus baik yang diamalkan di institusi ini seiring dengan prinsip-prinsip maqasid syariah dan mengenal pasti pengaruh yang wujud melalui aspek integriti dalam memberi kesan kepada pencapaian visi, misi dan hala tuju institusi yang telah ditetapkan. Kajian menggunakan pendekatan campuran secara kualitatif dan kuantitatif untuk menganalisis cabaran dalam melaksanakan amalan tadbir urus baik di institusi ini seiring dengan prinsip-prinsip maqasid syariah. Kajian ini juga mengungkap gaya kepimpinan Rasulullah S.A.W dan Khulafa’ Ar-Rasyidin sebagai contoh teladan dalam mengaplikasikan maqasid syariah dalam pentadbiran Islam khususnya. Oleh itu, kajian ini dijangka akan dapat memberi impak kepada urus tadbir baik Universiti Malaysia Sabah khususnya dan Institusi Pendidikan di Malaysia amnya kerana maqasid syariah ditonjolkan sebagai elemen yang perlu dipenuhi bagi memperoleh keseimbangan dalam urus tadbir sesebuah organisasi.

This study explores the relationship between good governance practices in the aspect of integrity and the principles of Maqasid Syariah at Universiti Malaysia Sabah. Governance issues have increasingly become a focal point of contemporary discourse, and as a public higher education institution, Universiti Malaysia Sabah also faces governance-related challenges. Grounded in Islamic management perspectives, this study emphasizes the concept of good governance that upholds maslahah (public interest) and avoids mafsadah (harm). The main objective is to examine the extent to which good governance practices at the institution align with Maqasid Syariah principles, and to identify the influence of integrity in shaping the achievement of the institution's vision, mission, and strategic direction. A mixed-method approach, incorporating both qualitative and quantitative data, is employed to analyze the challenges in implementing governance practices consistent with Maqasid Syariah. The study also highlights the leadership styles of Prophet Muhammad (PBUH) and the Khulafa’ al-Rashidin as exemplary models in applying Maqasid Syariah in Islamic administration. Ultimately, this study is expected to contribute significantly to enhancing good governance at Universiti Malaysia Sabah and other educational institutions in Malaysia by positioning Maqasid Syariah as a key element in achieving balanced and effective organizational governance.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

30-06-2025

How to Cite

Noor Kasyfe Aidi, Habibah @ Artini Ramlie, & Sarip Adul. (2025). AMALAN TADBIR URUS BAIK DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH DALAM ASPEK INTEGRITI DARI PERSPEKTIF MAQASID SYARIAH: SATU SOROTAN LITERATUR: GOOD GOVERNANCE PRACTICES AT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH IN THE ASPECT OF INTEGRITY FROM THE PERSPECTIVE OF MAQASID SHARIAH: A LITERATURE REVIEW. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 10(40). https://doi.org/10.35631/IJLGC.1040046