AMALAN HIBAH SEBAGAI INSTRUMEN PENGAGIHAN ASET EMAS DI MALAYSIA

THE PRACTICE OF HIBAH AS AN INSTRUMENT FOR GOLD ASSET DISTRIBUTION IN MALAYSIA

Authors

  • Rohayati Hussin Fakulti Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA, Kampus Sungai Petani, Kedah, Malaysia
  • Nur Aqidah Suhaili Konsultan Penyelia di Principal Asset Management Berhad dan As Salihin Trustee Berhad
  • Ahmad Fahmi Adnan Senior IEP, As Salihin Trustee Berhad
  • Ashraf Rohanim Asari Jabatan Instrumentasi dan Kawalan, Universiti Kuala Lumpur MITEC, 81750 Masai Johor, Malaysia
  • Muhammad Syarifuddin Mohd Jamil Public Gold, Empayar G100Network

DOI:

https://doi.org/10.35631/IJLGC.1040047

Keywords:

Aset (Assets), Emas (Gold), Faraid, Hibah, Harta Pusaka (Inheritance)

Abstract

Hibah semakin popular digunakan dalam pewarisan harta sebelum faraid. Amalan hibah meskipun sunat dapat membantu mengurangkan konflik pewarisan harta lebih awal dalam kalangan masyarakat kita sebelum menjadi pusaka. Ini kerana seringkali kita mendengar tentang konflik dalam harta pewarisan. Hari ini, potensi harta kekayaan untuk berkembang dengan lebih banyak adalah luas menyebabkan sesetengah daripada masyarakat kita cenderung untuk menukarkan sebahagian kekayaan mereka dalam bentuk emas. Dikhuatiri ini akan menambah polemik pewarisan harta Islam akan lebih kompleks dalam masyarakat kita yang selama ini lebih tertumpu kepada tanah dan hartanah. Kajian ini bertujuan untuk meneroka dan membangunkan pemahaman tentang bagaimana amalan hibah dapat digunakan dalam konteks pengagihan kekayaan emas daripada sudut syariah dan perundangan sedia ada di Malaysia. Metodologi kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan seperti buku, kertas kerja, makalah jurnal, laman sesawang dan penyelidikan terdahulu. Kaedah ini telah membantu mengulas isi ilmu, penemuann dan kaedah sumbangan berkaitan fokus kajian. Berdasarkan hasil kajian, didapati hibah emas boleh digunakan secara bersama dengan hibah yang lain, tanpa mengetepikan kepentingan faraid dan wakaf. Cabaran dalam penggunaan hibah dalam aset emas adalah dari segi kesanggupan masyarakat untuk menyerahkan pemilikan emas terhadap orang kesayangan lebih awal ataupun menyediakan dokumentasi hibah amanah secara perundangan yang sah semasa hidup tanpa perlu menunggu harta emas mereka menjadi pusaka. Memandangkan kajian ini adalah di peringkat awal, dicadangkan supaya kajian- kajian pada masa akan datang dapat dijalankan secara lebih mendalam melibatkan pengumpulan data di lapangan secara langsung. Ini supaya kajian bukan sahaja untuk dibincangkan secara teoretikal dan emperikal tetapi juga dapat dipraktikkan dengan pemahaman ilmu yang betul dalam masyarakat secara meluas. Diharapkan kajian ini dapat dijadikan sebagai panduan awal untuk banyak lagi kajian pada masa akan datang tentang penggunaan hibah sebagai instrumen pengagihan kekayaan dalam bentuk emas.

Hibah (inter vivos gift) is increasingly popular as a method of wealth distribution prior to the implementation of faraid (Islamic inheritance law). Although hibah is recommended (sunnah), its practice can help reduce inheritance conflicts within society by facilitating earlier wealth distribution before assets become part of the estate. This is important given the frequent reports of disputes over inheritance. Today, the potential for wealth accumulation has broadened, leading some individuals to convert a portion of their wealth into gold. This trend raises concerns that inheritance issues in Islamic law may become more complex, particularly in a society that traditionally focuses on land and real estate. This study aims to explore and develop an understanding of how hibah can be applied in the distribution of gold assets from both syariah and existing legal perspectives in Malaysia. The study adopts a library research methodology, using sources such as books, papers, journal articles, websites, and past research. This method supports analysis of the relevant knowledge, findings, and contributions related to the study's focus. Findings indicate that gold hibah can be used alongside other forms of hibah, without disregarding the importance of faraid and waqf (Islamic endowment). One key challenge in applying hibah to gold assets lies in the willingness of individuals to transfer ownership of gold to loved ones in advance or to legally prepare valid hibah trust documentation during their lifetime—without waiting for the gold to become part of their estate. As this is an exploratory study, it is recommended that future research should be conducted in more depth, involving direct field data collection. This would allow the study to move beyond theoretical and empirical discussions and become practically applicable, supported by sound knowledge within society. It is hoped that this research serves as an initial guide for future studies on the use of hibah as a wealth distribution instrument in the form of gold.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

30-06-2025

How to Cite

Rohayati Hussin, Nur Aqidah Suhaili, Ahmad Fahmi Adnan, Ashraf Rohanim Asari, & Muhammad Syarifuddin Mohd Jamil. (2025). AMALAN HIBAH SEBAGAI INSTRUMEN PENGAGIHAN ASET EMAS DI MALAYSIA: THE PRACTICE OF HIBAH AS AN INSTRUMENT FOR GOLD ASSET DISTRIBUTION IN MALAYSIA. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 10(40). https://doi.org/10.35631/IJLGC.1040047