KAEDAH PENYELESAIAN PEMILIKAN LOT LIDI MELALUI KANUN TANAH NEGARA: SATU ANALISIS AWAL

Authors

  • Norliana Ismail Universiti Teknologi Malaysia
  • Siti Radiaton Adawiyah Zakaria Universiti Teknologi Malaysia
  • Salfarina Samsudin Universiti Teknologi Malaysia

Keywords:

Kaedah Penyelesaian Lot Lidi, Pemilikan Pembeli Lot Lidi, Tanah Kategori Pertanian, Sistem Torrens, Kanun Tanah Negara

Abstract

Konflik pembangunan lot lidi masih belum ada penyelesaiannya. Sehingga kini, hak-hak pembeli lot lidi tidak dijamin di bawah Kanun Tanah Negara (KTN) disebabkan kegagalan pendaftaran nama pembeli di dalam dokumen hakmilik. Fokus kajian ini adalah merangka kaedah penyelesaian pendaftaran nama pembeli di dalam dokumen hakmilik dengan melihat dari perspektif perundangan tanah. Objektif kajian ini pula adalah mengenalpasti perundangan tanah sedia ada dalam menyelesaikan isu pemilikan lot lidi. Skop kajian ini tertumpu kepada penyelesaian isu lot lidi melalui perundangan tanah sedia ada yang boleh dilaksanakan oleh Pejabat Tanah dan Pihak Berkuasa Negeri. Selain itu, kajian ini dibuat khusus untuk lot lidi yang merupakan tanah berimilik yang tertakluk kepada kategori pertanian dan dipecah secara tidak sah melalui lakaran yang tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa merancang bagi tujuan plot-plot kediaman. Kajian ini juga menumpukan kepada urusan penjualan lot lidi yang dilaksanakan di luar kerangka KTN yang menyebabkan nama pembeli-pembeli lot lidi tidak boleh didaftarkan di dalam dokumen hakmilik kerana terdapatnya sekatan undang-undang yang menghalang urusniaga tersebut. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah kajian kepustakaan dan temubual separa berstruktur melibatkan responden-responden daripada pentadbiran tanah, pegawai undang-undang, pengamal undang-undang dan ahli akademik. Hasil kajian ini mendapati terdapat sepuluh (10) peruntukan di dalam KTN yang boleh dirujuk untuk merangka kaedah penyelesaian pemilikan lot lidi. Dapatan kajian menghasilkan dua (2) perkara utama. Pertama, perincian peruntukan berdasarkan kepada tiga (3) peringkat iaitu permohonan, kelulusan dan pendaftaran. Kedua, perincian-perincian khusus di dalam setiap peringkat yang diatributkan supaya dapatan kajian dapat diolah dalam bentuk yang mudah difahami. Di akhir kajian ini, peruntukan-peruntukan sedia ada bagi penyelesaian lot lidi dan perinciannya dapat dikeluarkan untuk memberikan panduan kepada pihak-pihak berkepentingan merangka kaedah penyelesaian lot lidi.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

30-06-2024

How to Cite

Norliana Ismail, Siti Radiaton Adawiyah Zakaria, & Salfarina Samsudin. (2024). KAEDAH PENYELESAIAN PEMILIKAN LOT LIDI MELALUI KANUN TANAH NEGARA: SATU ANALISIS AWAL. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 9(36). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/568