KAEDAH PENDALILAN MASLAHAH MURSALAH DAN APLIKASINYA DALAM KEWANGAN ISLAM KONTEMPORARI

Authors

  • Fathullah Asni Universiti Sains Malaysia
  • Muhammad Shahrul Ifwat Ishak Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Afiffudin Mohammed Noor Universiti Teknologi MARA, Perlis

Keywords:

Maslahah Mursalah, Murabahah, Ibra’, Hybrid, Usul Fiqh

Abstract

Kajian ini adalah untuk meneroka kaedah pendalilan maslahah mursalah dan aplikasinya dalam kewangan Islam semasa. Kajian ini bertitik tolak disebabkan amalan perbankan Islam moden mengalami pembaharuan dari sudut struktur dan operasinya di mana ia mengadaptasi sistem kewangan konvensional. Justeru, hal ini memerlukan kepada penilaian dari sudut hukum Syarak terhadap praktisnya. Oleh itu, antara dalil usul fiqh yang sesuai untuk menyelesaikan isu-isu moden yang tidak dicontohkan oleh zaman silam adalah dalil maslahah mursalah. Maslahah mursalah merupakan dalil yang penting dalam menentukan suatu perbuatan menepati Syarak ataupun tidak, malah dalil ini diterima sebagai hujah oleh para ulama yang muktabar di kalangan mazhab sunni yang empat. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis aplikasi pendalilan maslahah mursalah terhadap amalan kewangan Islam semasa. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif di mana ia melibatkan kajian kepustakaan merangkumi buku, jurnal dan pekeliling yang berkaitan. Bahan-bahan yang diperolehi akan dianalisis menggunakan metode analisis dokumen. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat beberapa praktis dalam kewangan Islam yang dilaksanakan berdasarkan kepada justifikan dalil maslahah mursalah. Antara praktis tersebut merangkumi isu mengenakan ‘janji untuk membeli’ dalam kontrak Murabahah untuk Pesanan Belian (MPO), isu penetapan ibraʾ dalam kontrak pembiayaan dan isu gabungan kontrak dalam produk kewangan Islam. Justeru, boleh disimpulkan bahawa dalil maslahah mursalah memainkan peranan yang penting dalam menjadi rujukan utama kepada isu-isu berkenaan kewangan Islam semasa. Oleh itu, adalah disyorkan agar pengendali industri kewangan Islam semasa memahami dalil maslahah mursalah dengan sebaiknya.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

30-06-2024

How to Cite

Fathullah Asni, Muhammad Shahrul Ifwat Ishak, & Afiffudin Mohammed Noor. (2024). KAEDAH PENDALILAN MASLAHAH MURSALAH DAN APLIKASINYA DALAM KEWANGAN ISLAM KONTEMPORARI. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 9(36). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/573