POLIGAMI DI PERLIS: SATU TINJAUAN
Keywords:
Poligami, Faktor Dalaman Dan Luaran, Negeri PerlisAbstract
Poligami merupakan perkahwinan yang melebihi seorang isteri. Ketentuan istilah ini mempunyai kontradiksi dengan maksud perkahwinan secara monogami. Perkahwinan secara poligami yang absah menurut syara`juga boleh bertukar kepada poligami tanpa kebenaran, disebabkan oleh penolakan permohonan poligami secara rasmi di mahkamah Syariah. Dalam kehidupan masyarakat hari ini, poligami menjadi suatu isu hangat yang boleh memberi pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat. Namun begitu, sudah pastilah terdapat faktor-faktor yang mendorong kepada berlakunya poligami. Penulisan ini bertujuan untuk mengupas faktor-faktor berlakunya poligami di negara ini, khususnya di negeri Perlis. Metodologi penulisan kertas kerja ini menggunakan kaedah kualitatif dan dianalisis berdasarkan kepada analisis kandungan. Secara umumnya, peningkatan kes-kes poligami di negeri Perlis dari semasa ke semasa menyumbang kepada persepsi yang negatif daripada masyarakat kerana negeri ini merupakan sebuah negeri yang kecil berbanding dengan negeri-negeri lain. Oleh itu sewajarnya dikupas apakah faktor yang mendorong berlakunya kes poligami di negeri ini supaya ianya boleh memberi lebih kefahaman kepada masyarakat?