PENGGUNAAN ADAT SEBAGAI HUKUM DI SABAH
CUSTOMARY USE AS LAW IN SABAH
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJLGC.1041012Keywords:
Adat ( Custom), Agama (Religion), Budaya (Culture), Kepercayaan (Belief), Tradisi (Tradition)Abstract
Malaysia merupakan sebuah negara yang memiliki masyarakat majmuk dengan pelbagai bangsa, suku kaum, agama, bahasa, adat dan budaya. Setiap suku kaum itu mengamalkan adat, budaya dan tradisi yang tersendiri yang berbeza antara satu dengan yang lain. Mereka juga bebas mengamalkan kepercayaan agama masing-masing tetapi agama rasmi yang digunapakai di dalam Persekutuan Malaysia adalah agama Islam dan ini tertulis di dalam perlembagaan Malaysia. Justeru itu, sudah tentulah pelbagai adat, budaya dan tradisi yang dipraktikkan itu sebahagian besarnya adalah berdasarkan kepada pegangan dan kepercayaan kepada agama masing-masing. Dari banyaknya adat, budaya dan tradisi yang diamalkan itu, terdapat sesetengahnya menepati syarak Maksudnya tidak bercanggah dengan syarak dan ada juga yang bercanggah dengan syarak tapi masih diamalkan oleh sebahagian masyarakat dan menganggapnya sebagai sebahagian dari ajaran agama Islam. Bertitik tolak dari kejahilan masyarakat mengenai adat, budaya dan tradisi inilah maka perlunya diperjelaskan dengan sejelas-jelasnya mana satu di antaranya yang tidak berlanggar dengan syarak dan boleh diamalkan dalam kehidupan. Antara metodologi yang digunakan untuk merungkai permasalahan ini ialah Pengkajian dan Pembacaan untuk mengkaji, membaca dan meneliti manakah di antara adat, budaya dan tradisi yang dipraktikkan itu tidak bercanggah dengan hukum syarak dan boleh diamalkan dalam kehidupan. Metodologi Perbandingan diguna pakai untuk tujuan perbandingan adat, budaya dan tradisi itu dengan adat, budaya dan tradisi yang dibenarkan dalam Islam berdasarkan kepada dalil-dalil syarak dan begitu juga dengan perbandingan pendapat ulama empat mazhab (Imam Hanafi, Imam Maliki, Imam Syafie dan Imam Hanbali) mengenai kesepakatan dan perselisihan atau perbezaan pendapat mereka dalam sesuatu hukum agar satu resolusi terbaik dapat disimpulkan dan ditetapkan dan metodologi terakhir yang diguna pakai ialah metodologi Pengeluaran Hukum dengan tujuan untuk sampai kepada natijah hukum samada adat, budaya dan tradisi itu boleh diguna pakai yang tidak terdapat padanya unsur-unsur yang diharamkan dalam Islam seperti percampuran bebas antara lelaki dan perempuan, membuka aurat, menyekutukan Allah, dan tidak menimbulkan polemik bid'ah atau khurafat. Di akhir perbincangan, dapat disimpulkan bahawa banyaknya adat, budaya dan tradisi yang dipraktikkan di dalam masyarakat yang bercanggah dengan amalam Islam tapi tidak disedari oleh mereka disebabkan oleh kurangnya pengetahuan agama dan terikut-ikut dengan amalan datuk nenek moyang yang mana mereka menyangka adat, budaya dan tradisi itu adalah daripada Islam.
Malaysia is a country that has a diverse society with various races, ethnic groups, religions, languages, customs and cultures. Each ethnic group practices its own customs, cultures and traditions that are different from each other. They are also free to practice their respective religious beliefs but the official religion used in the Federation of Malaysia is Islam and this is written in the Malaysian constitution. Therefore, of course, the various customs, cultures and traditions that are practiced are largely based on the beliefs of their respective religions. Of the many customs, cultures and traditions that are practiced, some are in accordance with Islamic law, in other words, they do not conflict with Islamic law, and some are also in conflict with Islamic law but are still practiced by some people and consider them as part of the teachings of Islam. Starting from the ignorance of the community about these customs, cultures and traditions, it is necessary to clarify as clearly as possible which one of them does not conflict with Islamic law and can be practiced in life. Among the methodologies used to resolve this issue is the Study and Reading to study, read and examine which of the customs, cultures and traditions that are practiced do not conflict with Islamic law and can be practiced in life. The Comparative Methodology is used for the purpose of comparing the customs, cultures and traditions with the customs, cultures and traditions that are permitted in Islam based on Islamic evidence and also by comparing the opinions of the scholars of the four schools of thought (Imam Hanafi, Imam Maliki, Imam Syafie and Imam Hanbali) regarding their agreement and disagreement or differences of opinion in a law so that the best resolution can be concluded and determined and the last methodology used is the Law Producing methodology with the aim of reaching a legal result whether the customs, cultures and traditions can be used that do not contain elements that are forbidden in Islam such as free mixing between men and women, exposing the aurat, associating partners with Allah, and does not give rise to polemics of bid'ah or superstition. At the end of the discussion, it can be concluded that there are many customs, cultures and traditions practiced in society that conflict with Islamic practices but are not realized by them due to a lack of religious knowledge and following the practices of their ancestors, which they think are from Islam.