ANALISIS PENGGUNAAN DAN KEPUASAN MYTV DALAM KALANGAN PENGGUNA DI WILAYAH UTARA MALAYSIA
ANALYSIS OF MYTV USAGE AND SATISFACTION AMONG USERS IN THE NORTHERN REGION OF MALAYSIA
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJLGC.1041014Keywords:
Kesedaran Digital (Digital Awareness), Penggunaan dan Kepuasan (Uses and Gratifications), Pengiklanan TV (TV Advertising), Penyiaran (Broadcasting), Siaran TV Percuma (Free-to-air)Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis penggunaan dan tahap kepuasan pengguna MYTV di Wilayah Utara Semenanjung Malaysia, meliputi negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang, dan Perak. Pendekatan kuantitatif digunakan melalui soal selidik yang melibatkan 393 responden untuk mengenal pasti faktor-faktor utama yang mendorong pemilihan MYTV serta kepuasan pengguna terhadap platform tersebut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti responden menggunakan set dekoder MYTV untuk mengakses siaran percuma (FTA), mencerminkan populariti penyiaran tradisional di kawasan ini. Kandungan tempatan yang mencerminkan budaya dan identiti wilayah merupakan faktor utama yang dihargai, dengan responden melaporkan tahap kepuasan yang tinggi terhadap kandungan MYTV. Selain itu, waktu tontonan puncak bagi kebanyakan responden adalah pada waktu malam, dengan 76.1% menyatakan waktu tersebut sebagai masa utama mereka menonton. Walaupun pengguna berpuas hati dengan kandungan yang ditawarkan, terdapat ruang untuk penambahbaikan dalam variasi kandungan dan estetika persembahan. Kepelbagaian program yang lebih luas dan peningkatan kualiti visual serta audio dapat meningkatkan pengalaman tontonan pengguna. Kajian juga mencadangkan agar MYTV mengadaptasi strategi penyiaran untuk menarik generasi penonton yang lebih muda dengan mengintegrasikan elemen digital dan interaktif. Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa MYTV masih relevan sebagai platform penyiaran, terutamanya dalam memenuhi keperluan pengguna di Wilayah Utara Malaysia. Untuk kekal kompetitif, MYTV disarankan untuk terus memberi tumpuan kepada pembangunan kandungan tempatan yang berkualiti, meningkatkan estetika persembahan, dan memanfaatkan teknologi digital dalam strategi penyiarannya. Dapatan kajian ini memberikan pandangan penting untuk meningkatkan daya saing dan daya tarikan MYTV dalam landskap penyiaran moden.
This study aims to analyze the usage and satisfaction levels of MYTV users in the Northern Region of Peninsular Malaysia, covering the states of Kedah, Perlis, Penang, and Perak. A quantitative approach was employed using a survey involving 393 respondents to identify the key factors influencing the choice of MYTV and user satisfaction with the platform. The findings reveal that the majority of respondents use MYTV decoder sets to access free-to-air (FTA) broadcasts, highlighting the popularity of traditional broadcasting methods in the region. Local content reflecting regional culture and identity is a key factor appreciated by users, with respondents reporting high satisfaction levels with MYTV's programming. Furthermore, the peak viewing time for most respondents is during the night, with 76.1% identifying this period as their primary viewing time. While users expressed satisfaction with the content offered, there is room for improvement in terms of content variety and aesthetic quality. A broader range of programming and enhanced visual and audio quality could further enrich the viewing experience. The study also suggests that MYTV adapt its broadcasting strategies to attract younger audiences by integrating digital and interactive elements. Overall, this study demonstrates that MYTV remains relevant as a broadcasting platform, particularly in meeting the needs of users in Northern Malaysia. To remain competitive, MYTV is recommended to focus on developing high-quality local content, improving aesthetic presentation, and leveraging digital technology in its broadcasting strategies. These findings provide valuable insights into enhancing MYTV’s competitiveness and appeal in the modern broadcasting landscape.