PERANAN DAN PENGARUH AHLI MAJLIS DALAM PEMBANGUNAN DASAR TEMPATAN DI NEGERI SELANGOR

THE ROLE AND INFLUENCE OF MUNICIPAL COUNCILLORS IN LOCAL POLICY DEVELOPMENT IN SELANGOR, MALAYSIA

Authors

  • ’Atiqah Syairah Shaharuddin Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial Universiti Selangor, Malaysia
  • Redzuan Othman Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial Universiti Selangor, Malaysia
  • Hamdan Salleh Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial Universiti Selangor, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.35631/IJLGC.1041037

Keywords:

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) (Local Authority (PBT), Ahli Majlis ( Municipal Councillors), Pembangunan Polisi (Policy Development), Selangor, Pengurusan Komuniti (Community Governance)

Abstract

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) merupakan cabang ketiga dalam struktur pentadbiran negara selepas kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Kajian ini memberikan sumbangan teoritikal dalam memahami dinamika tadbir urus tempatan serta sumbangan praktikal dalam memperkasa struktur dasar negeri Selangor. Dasar dan polisi yang baik dan bermanfaat untuk komuniti adalah matlamat utama yang ingin dicapai dalam sistem Kerajaan Tempatan. PBT antaranya majlis perbandaran mempunyai kuasa untuk melaksanakan sebarang aktiviti yang memberi faedah am kepada penduduk kawasan. Namun, peranan & pengaruh ahli majlis dlm pembangunan dasar di peringkat PBT masih kurang mendapat perhatian ilmiah termasuk di negeri Selangor. Mengenalpasti mekanisme untuk menyalurkan aduan dan maklumat daripada peringkat komuniti dan badan eksekutif di PBT di Selangor adalah antara aspek yang perlu diteliti. Peranan dan pengaruh ahli majlis di negeri Selangor, berfokuskan beberapa daerah dalam membangun dasar dan polisi untuk komuniti ini diselidiki melalui penyelidikan kuantitatif temubual secara terfokus terhadap kumpulan sasaran. Pendekatan penyelidikan kuantitatif turut digunakan menggunakan tinjauan berstruktur untuk mengumpulkan data daripada ahli majlis perbandaran dan pihak berkepentingan yang berkaitan. Analisis statistik lanjutan, seperti Exploratory Factor Analysis (EFA), Structural Equation Modelling (SEM) dan Analisis Regresi, akan digunakan untuk menilai keberkesanan dasar dan mengenal pasti faktor utama membuat keputusan. Dapatan menunjukkan bahawa faktor politik, pentadbiran, dan penglibatan komuniti sangat mempengaruhi keberkesanan peranan ahli majlis. Kajian ini mencadangkan pengukuhan garis panduan membuat keputusan dan peningkatan partisipasi komuniti sebagai kunci kepada tadbir urus yang lebih berkesan.

Local Authorities (PBT) form the third tier of government in Malaysia, following the federal and state levels respectively. They are instrumental in formulating policies that directly benefit local communities. However, the role and influence of municipal councillors in policy development remain understudied, particularly in Selangor. This study explores the functions and decision-making power of municipal councillors across selected districts in Selangor in shaping local policy and community development. Employing a quantitative research approach, the study uses structured surveys and targeted interviews with councillors and relevant stakeholders. Advanced statistical methods including Exploratory Factor Analysis (EFA), Structural Equation Modelling (SEM), and Regression Analysis are applied to assess policy effectiveness and key decision-making factors. Findings reveal the extent of councillors’ understanding, influence, and participation in policy-making, highlighting systemic challenges such as political dynamics, administrative constraints, and community engagement barriers. The study aims to contribute toward a more structured and effective governance model that promotes inclusive, transparent, and community-driven urban development. The research contributes both theoretically to urban governance discourse & practically to improve local council operations & policy implementation in the community. Results indicate that political, administrative, and community engagement factors significantly shape policy effectiveness. The study proposes that strengthening decision-making frameworks and fostering meaningful community involvement are essential for more inclusive and effective governance.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

21-09-2025

How to Cite

Shaharuddin, ’Atiqah S., Othman, R., & Salleh, H. (2025). PERANAN DAN PENGARUH AHLI MAJLIS DALAM PEMBANGUNAN DASAR TEMPATAN DI NEGERI SELANGOR: THE ROLE AND INFLUENCE OF MUNICIPAL COUNCILLORS IN LOCAL POLICY DEVELOPMENT IN SELANGOR, MALAYSIA. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 10(41). https://doi.org/10.35631/IJLGC.1041037