STATUS QUO SEBAGAI ‘KUBU KUAT’ BARISAN NASIONAL DALAM PILIHAN RAYA KECIL N03 TANJONG DATU, SARAWAK

Authors

  • Junaidi Awang Besar Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Mohd Fuad Mat Jali Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Novel Lyndon Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Mohd Nizar Sudin Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Mazlan Ali Universiti Teknologi Malaysia

Keywords:

Pilhan Raya Kecil, Kawasan, Kubu Kuat, Politik Pembangunan, Kredibiliti

Abstract

Pilihan Raya Kecil (PRK) N03 Tanjong Datu diadakan pada 18 Februari 2017 berikutan kematian penyandang yang juga merupakan Ketua Menteri Sarawak iaitu Tan Sri Adenan Satem pada 11 Januari 2017. Kawasan DUN Tanjong Datu yang terletak dalam Parlimen P193 Santubong merupakan antara ‘kubu kuat’ PBB-BN di Negeri Sarawak yang amat sukar ditembusi parti lawan. Ini terbukti bahawa setiap kali pilihan raya negeri di kawasan ini, calon parti lawan sepastinya akan tewas dengan ‘hilang wang deposit’. PRK kawasan ini diadakan tidak sampai setahun Pilihan Raya DUN pada tahun sebelumnya iaitu 7 Mei 2016. Justeru, adalah menjadi tujuan penulisan artikel ini untuk menganalisis aspek politik pembangunan dan faktor kredibiliti, karisma dan jasa kepemimpinan Tok Nan yang pernah menjadi ADUN di kawasan tersebut sejak 2006. Metod atau data kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah data primer keputusan PRK DUN Tanjung Datu dan data sekunder daripada bahan-bahan akademik dan sumber popular dari pada media massa dan media atas talian. Dapatan kajian menunjukkan pengaruh politik pembangunan dan faktor Tok Nan menjadi pemangkin kepada kemenangan besar BN-PBB dalam PRK tersebut. Pengundi di DUN Tanjung Datu lebih yakin dan percaya kepada BN yang mempunyai pengalaman dan jentera akar umbi yang kuat sejak sekian lama yang dapat merealisasikan keperluan dan kesejahteraan mereka untuk hidup dengan selesa dan aman sejahtera di bumi ‘kenyalang’ ini.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

15-01-2018

How to Cite

Junaidi Awang Besar, Mohd Fuad Mat Jali, Novel Lyndon, Mohd Nizar Sudin, & Mazlan Ali. (2018). STATUS QUO SEBAGAI ‘KUBU KUAT’ BARISAN NASIONAL DALAM PILIHAN RAYA KECIL N03 TANJONG DATU, SARAWAK. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 2(6), 155–167. Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/61