PENDEKATAN PEMETAAN GEOGRAPHIC INFORMATION SYSTEMS (GIS) DALAM KAJIAN IMPAK PERSEMPADANAN SEMULA BAHAGIAN PILIHAN RAYA 2016 DI KAWASAN PARLIMEN SERDANG DAN HULU LANGAT

Authors

  • Junaidi Awang Besar Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Mazlan Ali Universiti Teknologi Malaysia
  • Rosmadi Fauzi Universiti Malaya
  • Mohd Nor Shahizan Ali Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Jamaie Hamil Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Handika Wira Mohd Fauzir Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Mohd Syukri Zainuddin Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Demokrasi, Pilihan Raya, Persempadanan Semula, Politik, Pengundi

Abstract

Dalam sesebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi, pilihan raya adalah elemen penting dalam memastikan sesebuah negara menjalankan negara ‘dari rakyat, untuk rakyat’. Dalam menjayakan sesuatu pilihan raya, kawasan perlu disempadankan untuk memudahkan penentukan had atau sempadan kawasan yang perlu ditadbir oleh pemimpin yang bakal dipilih kelak. Ini disebut ‘persempadanan kawasan pilihan raya’. Persempadanan kawasan pilihan raya perlu diulangkaji semula dari semasa ke semasa untuk memastikan kawasan yang diwakili tersebut sesuai dan adil mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Justeru, persempadanan semula bahagian pilihan raya merupakan proses yang memakan masa yang lama dan melibatkan koordinasi pihak-pihak yang
Volume: 2 Issues: 6 [December, 2017] pp.182-204]
International Journal of Law, Government and Communication
eISSN: 0128-1763
Journal website: www.ijgc.com
183
berkenaan. Persempadanan semula juga akan menghasilkan impak kepada keadaan landskap, sosioekonomi dan politik pilihan raya. Justeru, adalah menjadi tujuan penulisan artikel ini untuk menganalisis impak persempadanan semula bahagian pilihan raya 2016 dengan menjadikan kawasan Parlimen Serdang dan Hulu Langat sebagai kajian kes. Kajian ini menggunakan data kawasan daerah mengundi 2003 dan 2016 serta keputusan PRU 2013 dan data sekunder daripada penyelidikan di perpustakaan (buku, laporan/terbitan berkala dan jurnal), bahan-bahan bercetak, akhbar dan maklumat atas talian iaitu laman web dan blog. Dapatan kajian menunjukkan bahawa persempadanan semula bahagian pilihan raya akan memberi impak terhadap sosioekonomi dan politik pilihan raya menuju Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Namun impak tersebut bergantung kepada pertambahan jumlah pemilih, keadaan tingkah laku pengundi, isu semasa, prestasi pemerintahan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat serta prestasi pemimpin di sesuatu kawasan. Justeru, semua pihak perlu memastikan agar persempadanan semula ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak seterusnya dapat menyuburkan amalan demokrasi dan dapat memastikan kesejahteraan kehidupan rakyat sebaiknya.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

15-01-2018

How to Cite

Junaidi Awang Besar, Mazlan Ali, Rosmadi Fauzi, Mohd Nor Shahizan Ali, Jamaie Hamil, Handika Wira Mohd Fauzir, & Mohd Syukri Zainuddin. (2018). PENDEKATAN PEMETAAN GEOGRAPHIC INFORMATION SYSTEMS (GIS) DALAM KAJIAN IMPAK PERSEMPADANAN SEMULA BAHAGIAN PILIHAN RAYA 2016 DI KAWASAN PARLIMEN SERDANG DAN HULU LANGAT. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 2(6), 182–204. Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/62