PENGETAHUAN LOKAL MASYARAKAT SABAH: ISU DAN CABARAN

LOCAL KNOWLEDGE OF SABAH COMMUNITIES: ISSUES AND CHALLENGES

Authors

  • Sharifah Darmia Sharif Adam Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Irma Wani Othman Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.35631/IJLGC.1041054

Keywords:

Adat Resam (Customs), Budaya (Culture), Etnik Sabah (Sabah Ethnicity), Pengetahuan Lokal (Local Knowledge)

Abstract

Sabah merupakan sebuah negeri yang terkenal dengan keindahan alam semulajadi dan keunikan penduduknya yang terdiri daripada pelbagai etnik berbeza dari segi amalan budaya, adat resam, kepercayaan dan bahasa. Sabah merupakan negeri yang menjadi kediaman bagi lebih kurang 41 kumpulan etnik dan subkumpulan etnik yang menggunakan lebih kurang 50 bahasa dan menuturkannya dalam tidak kurang 80 dialek. Keragaman etnik inilah yang menyumbang terhadap kepelbagaian pengetahuan lokal dalam budaya dan adat resam yang menjadi amalan diwarisi secara tradisi dalam masyarakat tempatan di Sabah. Pengetahuan lokal merupakan pengetahuan penting masyarakat peribumi dalam sesebuah negara kerana selain mencerminkan nilai-nilai budaya ia juga diwariskan kepada generasi berikutnya. Namun Seiring dengan kemajuan pembangunan, era pemodenan dan globalisasi, pengetahuan lokal dalam budaya dan adat resam pelbagai etnik di Sabah berhadapan dengan pelbagai isu dan cabaran. Oleh itu, perbincangan dalam artikel ini akan merangkumi latar belakang pengetahuan lokal dalam budaya dan adat resam pelbagai etnik di Sabah. Perbincangan juga akan difokuskan terhadap isu dan cabaran terhadap kelestarian pengetahuan lokal pelbagai etnik di Sabah. Kajian dilaksanakan menggunakan kaedah pendekatan analisis kualitatif, menggunakan kajian arkib dan kajian perpustakaan untuk memperoleh sumber maklumat kajian. Hasil kajian mendapati pengetahuan lokal berhadapan cabaran besar untuk memastikan kelangsungannya berikutan terdapat tanggapan bahawa ia telah ketinggalan zaman dan sudah tidak relevan pada masa kini, Namun, dalam masa yang sama didapati sebilangan kecil masyarakat tempatan yang masih mengamalkan dan mempraktikkan pengetahuan lokal etnik masing-masing sekaligus memastikannya terus terpelihara. Pengenalpastian isu dan cabaran yang dihadapi akan menghasilkan satu analisis yang dapat digunakan sebagai rujukan untuk menambah baik polisi khususnya dalam perkara yang memberikan manfaat terhadap usaha pemeliharaan dan kelestarian pengetahuan lokal pelbagai etnik supaya terus diwarisi dan diamalkan oleh generasi muda di Sabah.

Sabah is a state known for its natural beauty and the uniqueness of its population, which consists of various ethnicities that differ in terms of cultural practices, customs, beliefs and languages. Sabah is a state that is home to approximately 41 ethnic groups and ethnic subgroups that use approximately 50 languages ​​and speak them in no less than 80 dialects. This ethnic diversity contributes to the diversity of local knowledge in culture and customs that are traditionally inherited in local communities in Sabah. Local knowledge is an important knowledge of indigenous communities in a country because in addition to reflecting cultural values, it is also passed down to the next generation. However, along with the progress of development, the era of modernization and globalization, local knowledge in the culture and customs of various ethnicities in Sabah is faced with various issues and challenges. Therefore, the discussion in this article will cover the background of local knowledge in the culture and customs of various ethnicities in Sabah. The discussion will also focus on issues and challenges to the sustainability of local knowledge of various ethnicities in Sabah. The study was carried out using a qualitative analysis approach, using archival research and library research to obtain sources of study information. The results of the study found that local knowledge faces major challenges to ensure its survival due to the perception that it is outdated and no longer relevant today. However, at the same time, it was found that a small number of local communities still practice and practice their respective ethnic local knowledge while ensuring that it continues to be preserved. The identification of issues and challenges faced will produce an analysis that can be used as a reference to improve policies, especially in matters that benefit the preservation and sustainability of local knowledge of various ethnicities so that it continues to be inherited and practiced by the younger generation in Sabah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

30-09-2025

How to Cite

Adam, S. D. S., & Othman, I. W. (2025). PENGETAHUAN LOKAL MASYARAKAT SABAH: ISU DAN CABARAN: LOCAL KNOWLEDGE OF SABAH COMMUNITIES: ISSUES AND CHALLENGES . INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 10(41). https://doi.org/10.35631/IJLGC.1041054